Sunday, March 6, 2011

Dzulkefly Ahmad: Reform or face a national revolt!



From The Malaysian Insider

Mar 06, 2011
MARCH 6 — I’m fully conscious of how the Barisan Nasional’s (BN) mainstream media (MSM) would demonise and ostracise me for what I’m about to say. I’m nonetheless going to say it in simple and unequivocal term.
Simply put, if I were to call the shots in N28 Kerdau by-election, I would want my party to boycott the election. Period.

Saturday, March 5, 2011

M'sia jatuh ke tangga 143 - indeks kebebasan media


Hafiz Yatim
Mei 3, 11
3:36pm
Kongs
Malaysia menduduki tangga 143 daripda 196 negara yang disenaraikan sebagai negara yang mempunyai media masa yang bebas.

Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas.

freedom house 2011 global press freedom mapMalaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan Madagascar dan Angola di benua Afrika.

Kajian Kebebasan Akhbar 2011 ini dibuat sempena Hari Kebebasan Akhbar Dunia yang disambut hari ini.

Alahai Muhyiddin


Setiap kali Muhyiddin mebhemburkan kata-kata dia menampakkan kedunguannya.  Malah dia bodoh dan angkuh - persis Mubarak.
1.  Muhyiddin mengancam menutup mulut pemimpin Pakatan - yang mengingatkan BN tentang pergolakan di Timur Tengah - dengan tindakan keselamatan.
2.  Mubarak sangat terkenal dengan apparatus keselematan yang amat cekap, disokong kuat pula oleh Israel,  sehingga ramai pemerhati terkejut apabila dia akhirnya tersungkur juga.
3.  Tetapi Muhyiddin tidak yang goblok akan belajar daripada episod 18-hari  itu, malah cuba mengulanginya - melalui penafiannya.
4.  Dia kata haram membandingkan Malaysa dengan Mesir sebab di Malaysia ada demokrasi.
5.  Di Mesir juga ada demokrasi walaupun Hosni Mubarak sentiasa mendapat 99.9% undi.  Di Malaysia pun BN kerap mendapat lebih 70% kerusi parlimen.  Pengundi hantu berkeliaran malah diinstitusikan. SPR berat sebelah, mengikut telunjuk parti pemerintah.  Dalam keadaan itu rakyat juga akan marah.  Kemarahan rakyat sedang dipendam dan menunggu masa untuk meledak.  Muhyiddin yang bongok tidak faham ini.
6.  Peringatan bahawa pergolakan Timur Tengah mungkin menjangkiti Malaysia dianggap satu hasutan, provokasi - padahal peringatan itu baik untuk BN.  Ingatlah sebelum terlambat.  Jangan takut dengan bayang-bayang sendiri.  Mengancam untuk menangkap rakyat yang bersuara akan menghantar BN melalui jalan sehala ke arah kehancuran.
7.  Di PRK Kerdau, Muhyiddin menjadi jurubicara rakyat apabila mengatakan rakyat Kerdau sudah 'menyampah; dengan Anwar sehingga mengepung dan membaling batu ke keretanya.  Pernyataan seorang TPM yang menyebelahi kegiatan samseng itu amat berbahaya.  Apa gunanya peraturan dan undang-undang jika TPM sendiri tidak menghormatinya apalagi mempertahankannya.  Itu semua Muhyiddin yang bahlul tidak mengerti.
8.  Dengan telatahnya Muhyiddin makin jauh daripada bakal menggantikan Najib sebagai PM; kedudukannya sebagai TPM pun hanya mengira hari.  Sungguh murah dirinya sanggup meluahkan apa saja demi dipergunakan bosnya, Najib.  Muhyiddin sitolol ikut saja.
9.  Muhyiddin memang tidak terkenal sebagai pemimpin yang bijak.  Warga Johor ditinggalkannya dengan projek gajah putih yang menelan berjuta ringgit tetapi kini hanya menyakitkan mata yang melihat.orang ramai.   Inilah projek yang menunjukkan betapa 'bijaknya' Muhyiddin sewaktu menjadi MB Johor!
10.  Muhyiddin yang tongong tidak peduli itu semua.

Friday, February 18, 2011

Is this the antidote to 9/11?


Saturday sans platic bags

The campaign to save the environment seems to be in full gear:  No plastic bags on Saturday.  Well, that is the beginning of a long campaign. Howeverthere is cynicism in all this.  While the shoppers are deprived of the usual plastic bags to carry their purchase, they are offered to buy  bags to carry them - plastic bags, a more expensive ones at that.  Somebody seems keen to turn every situation into a financial gain!


But let's take a hard look at the directive.  By 'hard' I mean 'rational' or 'logical'.
No plastic bags does not mean no bags at all!  The entrepreneurs seem to understand this very well, and that's why they sell bags albeit plastic bags all the same.
Does the campaign to save the environment mean to present unnecessary hardships to shoppers so much so that they desert supermarkets on Saturday just to come back the next day when plastic bags are given away freely?
No plastic bags means no plastic bags but you can use paper bags.  Why not provide paper bags on Saturdays, and indeed any day of the week.  Malaysians, let's be rational.  Let's use the good, old paper bags everyday.  They are biodegradable, recyclable, and do not pose danger to the environment.


Thursday, February 17, 2011

Pandai Dr M melawak

Jika segala yang dikatakannya dalam beberapa minggu kebelakangan ini benar, maka sungguh Tun Dr Mahathir PM yang unggul.  Tingkah lakunya semasa menakhodai kapal yang bernama Malaysia itu menyerupai Malaikat.
1.  Minggu lepas Tun berkata dia telah menemui tokoh pembangkang pada tahun 1987 sebelum Operasi Lalang.
2.  Namun tokoh-tokoh pembangkang, termasuk yang dihumban ke dalam penjara dalam Operasi itu, terpinga-pinga kerana tidak ingat pernah diajak berunding oleh PM ketika itu.
3.  Apabila dicabar, Tun Dr menegaskan memang benar dia dah jumpa pembangkang, malangnya memori menggagalkannya:  Dia tak ingat rupa tokoh pembangkang yang ditemuinya ...  Maklumlah, Tun mudah lupa.
4.  Dia juga kata dia memang tak mahu menjalankan Operasi Lalang, iaitu tidak mahu menangkap tokoh pembangkang dan menghumbankan mereka ke panjara di bawah ISA tanpa hak pembicaraan.  Tetapi malang sekali lagi tegasnya, Polis lebih berkuasa daripada PM.  Dengan kehendak Polis, berlakulah Operasi Lalang yang menghantui rakyat Malaysia sehngga kini.  
5.  Hari ini Tun Dr M menegaskan pula dia memang benar-benar berhasrat nak hapuskan ISA ketika dia jadi PM.  Aduhai apalah nasib, Polis menepis tangannya yang sedang menandatangani surat perisytiharan penghapusan itu, lantas terpelantinglah pena dari tangannya; yang lain tinggallah sejarah.
6. Alangkah kerdilnyajawatan  PM di bumi Malaysia dan betapa perkasanya Polis.  Sahlah Malaysia negara Polis.
7.  Sungguh lucu Che Det oooii ...