Dolak-dalik BN dalam isu BTN berterusan dan rakyat sedang menonton drama yang melucukan. Dalam BN sendiri, tidak ada kata sepakat tentang BTN. Ada suara menentang (contoh: orang baru Idris Jala), ada yang mahu digubal semula (contoh: pragmatis Nazri), ada yang mempertahankan (contoh: statis dan denialis Shahrizat), dan ada yang cuba menjustifikasikannya (contoh: Ketua Penerangan UMNO cum Timbalan Menteri di JPM Ahmad Maslan).
Monday, November 30, 2009
Sistem Dua Parti untuk Kestabilan Politik
Sehingga Mac 2008, Malaysia sebenarnya mengamalkan sistem satu parti. Sama ada rakyat suka atau tidak, mereka akan pilih BN untuk memerintah negara. Tiada pilihan lain. Benar wujud banyak parti politik. Tetapi selain BN semuanya kecil, lemah, kerap dicantas sebelum dapat berdiri teguh, atau ditelan oleh BN yang gagah perkasa itu. Ketiadaan parti kedua yang cukup gagah boleh menjuruskan negara kepada kehuruharaaan apabila rakyat tidak puas hati dengan prestasi BN, sedangkan tiada jalan yang sah di segi undang-undang untuk menyuarakannya.
Sunday, November 29, 2009
BN Atau BTN?
Rakyat Malaysia dahagakan kejujuran - daripada pemimpin mereka. Rakyat Malaysia mahu menghormati pemimpin mereka, tetapi terlalu kerap mereka digagalkan, malah dikhianati. Tanda rakyat Malaysia dahagakan kejujuran dapat dilihat di sana sini; PRU12 hanya satu daripadanya. Keupayaan menbaca isyarat yang diberikan rakyat Malaysia sangat penting untuk kejayaan sebuah gagasan politik, dan kestabilan negara.
Thursday, November 26, 2009
Alahai Muhyiddin ...
Read the following piece taken from the Malaysian Insider, and draw your own conclusions. If you do not have much time, just read the two highlighted paragraphs.
DPM defends BTN courses against racist brainwashing charges
Muhyiddin says BTN courses are not for ‘converting’ participants. — File pic
KUALA LUMPUR, Nov 26 — Tan Sri Muhyiddin Yassin defended the controversial Biro Tata Negara (BTN) courses today as a form of nationalism in line with the 1 Malaysia concept despite growing criticisms of racism and political indoctrination.
The deputy prime minister denied that the courses, which are compulsory for civil servants and public university undergraduates, are aimed at “converting” participants to the political ideology of Umno and Barisan Nasional (BN).
His defence of the BTN courses comes a day after the Selangor Pakatan Rakyat (PR) administration moved to bar its civil servants and students from state-owned institutions from the course described as racist and a form of political indoctrination by the federal government.
PR leaders have accused the federal government of using the BTN courses to “brainwash” participants.
It has been reported that participants of BTN courses were repeatedly told of the concept of Ketuanan Melayu, or Malay superiority. Participants are also told not to question “Malay rights” and the “social contract.”
“There are no ulterior motives. These courses are well intended,” Muhyiddin said in Muar today.
He claimed that the Selangor state government had been misinformed and given a wrong impression of the courses.
But his comments today appear to run counter to a proposal by his own Cabinet colleague Datuk Seri Idris Jala to revamp BTN courses in an acknowledgement that it did not promote the 1 Malaysia concept.
Wednesday, November 25, 2009
Tidak Ada Bonus Tahun Ini!
Tidak ada bonus tahun ini untuk kaki tangan awam. Setelah tahun demi tahun menerima bonus, tidak mendapat bonus tahun ini merupakan satu kejutan bagi mereka. Realitinya ramai yang telah menjadikan tabiat mereka 'mengira ayam sebelum telur mengetas': mereka merancang bajet berdasarkan pendapatan 13 bulan. RM500 separuh daripada apa yang setengah mereka biasa terima, dan kurang separuh untuk yang lain.
Wednesday, November 18, 2009
Agenda Pendoktrinan BTN
Biro Tata Negara (BTN) satu badan milik Kerajaan Malaysia. Kos operasinya ditanggung oleh pembayar cukai. Programnya sewajarnya mendatangkan keuntungan kepada rakyat Malaysia. Namun peranannya sering dipersoalkan, sehinggakan ada yang mengatakan bukan sahaja BTN membazir wang rakyat, tetapi juga menyusahkan kakitangan Kerajaan dengan agenda pendoktrinannya, malah mengkhianati rakyat Malaysia seluruhnya.
Siapakah seteru Singapura?
Singapura gigih sekali membangunkan ketenteraannya.
1. Dengan peralatan yang canggih dan persiapan yang robust di setiap sayap - F16 untuk tentera udara, kapal selam untuk tentera laut, latihan tentera darat yang kerap - persoalan yang timbul ialah negara manakah yang berada di sasaran pada masa tenteranya menjalani latihan?
2. Jika di lihat daripada kata-kata kesat LKY terhadap Malaysia ('Singapura titisan merah di lautan hijau', 'Malaysia melayani Singapura persis negara itu melayani kaum minoritinya', dsb), Singapura mungkin berhasrat menyelesaikan banyak isu dengan negara jirannya melalui kekuatan tentera.
Subscribe to:
Posts (Atom)