Saturday, June 5, 2010

Edward Said: On Orientalism 4/4

Edward Said: On Orientalism 3/4


Edward Said: On Orientalism 2/4

Edward Said: On Orientalism 1/4

Terbaru: Rachel Corrie dipandu Tentera Israel ke Ashdod


Kapal Rachel Corrie akhirnya dinaiki tentera Israel dan dipandu ke pelabuhan Ashdod tanpa halangan dari aktivis walaupun aktivis bertegas untuk membawa bekalan kemanusiaan terus ke pelabuhan Gaza.

Perkembangan lain: yang berkaitan:
  • Mangsa yang terkorban akibat keganasan Israel ke atas Freedom Flotilla sejumlah 9 orang, semuanya keturunan Turki, seorangnya memegang paspot Amerika Syarikat.  Julat umur mangsa ialah 19 hingga 61 tahun.  Bedah siasat menunjukkan sebanyak 30 tembakan mengenai mangsa-mangsa itu, dengan 5 ditembak di kepala masing-masing.  Kebanyakannya ditembak dengan peluru 9 mm dan kebanyakan mereka ditembak pada jarak dekat.
    • Fulkan Dogan, 19 tahun, rakyat AS, ditembak sebanyak 5 kali di muka, sebelah belakang kepala, dua kali di kaki, dan sekali di belakang, pada jarak kurang daripada 45 cm.
    • Ibrahim Bilgen, 60 tahun, ditembak 4 kali di dahi, dada, dan belakang.
    • Dua mangsa lain dtembak sebanyak 4 kali.
    • 5 mangsa di tembak sama ada di belakang kepala atau di leher.
    • Selain daripada 9 yang terbunuh, 48 aktivis cedera oleh tembakan manakala 6 aktivis masih dilaporkan hilang.
    • Hanya seorang yang terkorban yang ditembak sekali sahaja, yang lain berkali-kali.
    • Semua, kecuali seorang, yang terkorban ditembak dengan peluru 9 mm; yang seorang ditembak dengan peluru yang sangat aneh: kelongsong yang mengandungi pellets, menembusi dahinya dan berhenti di dalam otak tanpa meletup.
  • Semua pelabuhan di Sweden akan memboikot kapal-kapal Israel selama seminggu sebagai reaksi terhadap keganasan Israel itu/  Kesatuan Pekerja Pelabuhan Sweden yang mempunyai 1500 anggota berkata semua pekerja pelabuhan di Sweden akan memulaukan kapal dan pemunggahan barangan Israel dari 15 hingga 24 Jun kerana membantah apa yang difatkannya sebagai 'serangan jenayah yang belum pernah terjadi sebelum ini ke atas konvoi kapal keamanan.'
  • Sekutu Israel, Amerika Syarikat yang sebelum ini membiarkan Israel mengepung Gaza, kini berkata bahawa kepungan itu tidak mungkin dapat diteruskan dan usaha sedang dijalankan untuk 'meramgka prosedur baru untuk menghantar lebih banyak barangan dan bantuan ke Gaza'.

'Rachel Corrie tidak dinaiki Tentera Israel'



Akhbar Israel, Haaretz, memetik penganjur kapal Rachel Corrie, Free Gaza Movement (FGM), sebagai menafikan  laporan tentera laut Israel telah menaiki kapal itu.  Laporan sebelum ini  memberitakan ia dinaiki 55 km dari  pantai Gaza jam 5:50 pagi Sabtu 5 (10:50 pagi waktu Malaysia) Jun, setelah diekori oleh 3 buah kapal tentera laut Israel.  Menurut laporan itu lagi, operasi tentera Israel itu berjalan tanpa halangan atau kecedaraan.
Bagaimanapun Greta Berlin, jurucakap FGM yang berpengkalan di Cyprus, kemudian membuat penafian itu.  Sebaliknya ia berkata kapal tentera Israel telah meintas dan kini membayangi kapal Rachel Corrie milik Ireland itu dalam pelayarannya.  Laporan bahawa kapal telah dinaiki tentera Israel itu dibuat berdasarkan berita daripada sebuah stesyen radio Israel.  Komunikasi dengan aktivis di atas kapal dikatakan terputus-putus.
Kapal Rachel Corrie adalah sebahagian daripada Freedom Flotilla, tetapi telah ketinggalan dari 6 kapal yang lain kerana mengalami kerosakan.

Bantahan di Kedutaan Amerika