Monday, July 26, 2010

Strategi Samseng: Selangor, Media dan Perang Saraf


Pertarungan politik dipertontonkan kepada masyarakat melalui media.  Jika anda menguasai media, maka anda telah menguasai sebahagian besar daripada medan pertarungan.  Media boleh melaporkan sesuatu perkembangan menurut seleranya. Penilaian tentang apa yang akan jadi berita bergantung pada editor media. Ada berita yang penting tetapi tidak disiarkan.  Ada yang disiarkan tetapi secara tidak adil, iaitu sama ada lebih baik daripada realiti atau lebih buruk.  Itu semua menurut selera penguasa yang menguasai media.
1.  Di Malaysia, Kementerian Penerangan (KP) merupakan agensi kerajaan untuk menyebarluaskan maklumat supaya rakyat jelas tentang dasar dan operasi kerajaan supaya mereka dapat berperanan sebagai warga yang bertanggungjawab.
2.  Tetapi KP gagal berperanan dalam misi asalnya.
3.  KP sudah menjadi alat untuk kerajaan BN.  Disebabkan BN telah lama memerintah negara kerajaan BN  dan parti BN tidak dapat dibezakan lagi.
4.  Media perdana seperti akhbar perdana, Radio dan TV juga dikuasai oleh BN.  Media ini tidak lagi neutral.  Berita disalurkan dan ditapis menurut kehendak pemimpin BN.
5.  Menurut misi asal, KP sepatutnya melayan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat sama seperti negeri di bawah BN, tetapi itu tidak berlaku.
6.  Apa yang rakyat baca ialah semuanya baik di negeri BN dan semuanya buruk di negeri Pakatan.
7.  Hanya apabila tidak dapat ditutup lagi, barulah keburukan negeri di bawah BN tersiar.  Barulah berita keruntuhan demi keruntuhan yang melanda struktur bangunan di Trengganu disiarkan.  Itu pun ditapis supaya kesan buruknya terhadap sasaran diminimumkan semungkinnya.

8.  Di negeri Pakatan pula, isu yang mengarut ditimbulkan.  Rakyat yang jahil tentang isu sebenar mudah percaya.
9.  Sebagai contoh, di Selangor semua usaha kerajaan negeri di bawah Pakatan dilabelkan buruk.
10. Sudahlah mereka mensabotaj usaha kerajaan negeri, mereka juga menghentam habis-habisan.
11. Usaha kerajaan negeri untuk memberikan rakyat satu pakej air yang lebih adil disukarkan oleh BN, dan berita yang dikeluarkan melalui media semuanya memberi gambaran negatif.
12. Rakyat mudah keliru; siapakah yang hendak dipercayai ...
13.  Kerajaan negeri terpaksa melancarkan program infonya sendiri melalu TV Selangor dan media alternatif yang lain, dan ini memerlukan belanja tambahan.
14.  Itupun dibantai oleh BN, kononnya wang rakyat tidak seharusnya digunakan untuk 'kepentingan politik'.  Hak kerajaan negeri untuk menyalurkan maklumat kepada awam dilabel sebagai kepentingan politik.
15.  Hakikatnya BN-lah yang telah menghabiskan beratus juta wang rakyat untuk propagandanya, melalui Kementerian Penerangan (hak rakyat yang sebenar) dan penguasaannya terhadap media perdana.
16.  BN hanya boleh menyalahkan dirinya sekiranya rakyat sudah bosan dengan semua saluran 'rasmi' yang tugasnya dilihat semata-mata cuba mengaburkan mata rakyat.
17.  Pengkhianatan BNterhadap rakyat tidak berhenti di situ.  Usaha menafikan rakyat saluran info yang lebih adil terus dilakukan dengan menangguhkan permit untuk akhbar milik Pakatan, yang natijahnya ialah pengharaman media alternatif.
18.  Itulah strategi BN untuk cuba merampas kembali negeri Selangor; strateginya mencerminkan peribadi arkiteknya yang merupakan Samseng Negara.

No comments: