Ada yang tertanya: Bagaimana PM buat keputusan? Sudahkah dia pertimbangkan baik-baik dari semua segi? Dahlah hari bekerja - termasuk bank - 5 hari. Menjelang hujung tahun yang patutnya dipanjangkan dengan sebab yang jelas tiba-tiba dipendekkan lagi ...
Sudahkah PM menimbangkan betul-betul implikasi ekonominya?
Ibu bapa yang menghantar anak mereka kembali ke sekolah pun terpaksa bergegas-gegas menyiapkan segala yang perlu - sebab sekolah tidak akan dibuka pada 31 Disember.
Ada 2 persoalan di sini. Pertama: wajarkah cuti umum diisytiharkan sewenangnya? Kedua: jikapun wajar diisytiharkan cuti tidakkah ada hari yang lebih sesuai?
Pada pendapat saya, jawapan soalan kedua itu jelas: Hari yang lebih sesuai diisytiharkan ialah Isnin 3 Januari 2011. Cuti umum Isnin bermakna kita panjangkan hayat 2010 supaya ramai yang sempat membereskan tugas yang nyaris-nyaris tertunggak sementara kita tunda sedikit permulaan 2011.
Ramai yang akan mampu tersenyum jika itu dilaksanakan.
Insiden ini menunjukkan gaya PM kita membuat keputusan: trigger-happy. Implikasinya serius apabila berhadapan dengan krisis yang memerlukan keputusan jitu dibuat dengan pantas.