Thursday, December 30, 2010

Tahun 2010 berlalu lebih awal!


Pagi Khamis 30 Disember 2010 negara dikejutkan dengan berita PM mengisytiharkan cuti umum untuk keesokan harinya, Jumaat 31 Disember.  Ada di kalangan rakyat yang gembira, tetapi ada juga terkedu.  Golongan kedua ini termasuk mereka yang merancang melaksanakan tugas-tugas rasmi sebelum tirai 2010 ditutup.  Najib, yang begitu teruja dengan kemenangan Malaysia ke atas negra jiran dalam sukan bola sepak, telah melondehkan tirai 2010 dengan mendadak sekali.

Ada yang tertanya: Bagaimana PM buat keputusan?  Sudahkah dia pertimbangkan baik-baik dari semua segi?  Dahlah hari bekerja - termasuk bank - 5 hari.  Menjelang hujung tahun yang patutnya dipanjangkan dengan sebab yang jelas tiba-tiba dipendekkan lagi ...

Sudahkah PM menimbangkan betul-betul implikasi ekonominya?

Ibu bapa yang menghantar anak mereka kembali ke sekolah pun terpaksa bergegas-gegas menyiapkan segala yang perlu - sebab sekolah tidak akan dibuka pada 31 Disember.

Ada 2 persoalan di sini.  Pertama: wajarkah cuti umum diisytiharkan sewenangnya?  Kedua: jikapun wajar diisytiharkan cuti tidakkah ada hari yang lebih sesuai?

Pada pendapat saya, jawapan soalan kedua itu jelas:  Hari yang lebih sesuai diisytiharkan ialah Isnin 3 Januari 2011.  Cuti umum Isnin bermakna kita panjangkan hayat 2010 supaya ramai yang sempat membereskan tugas yang nyaris-nyaris tertunggak sementara kita tunda sedikit permulaan 2011.

Ramai yang akan mampu tersenyum jika itu dilaksanakan.

Insiden ini menunjukkan gaya PM kita membuat keputusan:  trigger-happy.  Implikasinya serius apabila berhadapan dengan krisis yang memerlukan keputusan jitu dibuat dengan pantas.

No comments: