Friday, January 28, 2011

Anwar, APCO dan Keganasan

Hari ini CNN mengaitkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pertubuhan Ikhwanul Muslimun yang kemudian dikaitkan dengan keganasan.  Nampaknya pihak tertentu beriya-iya hendak menjatuhkan imej Anwar, di dalam dan di luar negara.
1.  CNN mendakwa kaitan itu didedahkan berikutan satu siasatan tentang bantuan kewangan kepada Anwar dari sumber antara bangsa.
2.  Ia turut menyebut bahawa PM Malaysia, Najib, sebelum ini menyatakan kerisauan Arab Saudi membiayai kempen Anwar Ibrahim dalam PRU13 nanti.
3.  Arab Saudi kemudian menafikan ia terlibat membantu Anwar.
4.  Siasatan yang dijalankan membebaskan Riyadh daripada tuduhan membiayai kempen Anwar, sebaliknya mendapati Anwar mendapat faedah daripada 'hubungannya dengan IKhwanul Muslimun yang dikaitkan dengan keganasan.'
5.  Sungguh jauh usaha menjatuhkan imej Anwar Ibrahim.
6.  Pertama, beliau dikaitkan dengan pertubuhan IKhwanul Muslimun; kedua, Ikhwanul Muslimun dikaitkan dengan keganasan.
7.  Sama ada benar atau palsu mana-mana tuduhan tidak sepenting siapa yang beriya-iya membuat tuduhan itu.
8.  Yang jelas nama Najib disebut.  Siasatan dijalankan sebagai respons terhadap  kerisauan Najib, kalaupun tidak atas gesaannya.
9.  Najib dijangka menggunakan perunding hubungan raya APCO untuk menjalankan siasatan sebab CNN tidak menyebut Interpol, CIA, atau sebagainya.
10.  APCO, yang jelas kaitannya dengan Zionis, dibayar Najib dan diburu Anwar, tentu saja ingin memalitkan bukan sahaja Anwar tetapi juga pertubuhan Islam seperti Ikhwanul Muslimun, bak kata pepatah Inggeris 'Throw one stone, kill two birds.'
11.  CNN turut mnyebut bahawa beberapa laman web individu berhaluan kanan AS sebelum ini telah cuba mengaitkan Anwar Ibrahim dengan keganasan.
12.  Membuat tuduhan melulu terhadap Anwar atau Ikhwanul Muslimun satu kerja muda, tetapi bukti-bukti perlu ditunjukkan.
13.  Bukti tentunya sukar didapatkan oleh mereka yang gemar melempar batu dan menyembunyikan tangan.

No comments: