1. Minggu lepas Tun berkata dia telah menemui tokoh pembangkang pada tahun 1987 sebelum Operasi Lalang.
2. Namun tokoh-tokoh pembangkang, termasuk yang dihumban ke dalam penjara dalam Operasi itu, terpinga-pinga kerana tidak ingat pernah diajak berunding oleh PM ketika itu.
3. Apabila dicabar, Tun Dr menegaskan memang benar dia dah jumpa pembangkang, malangnya memori menggagalkannya: Dia tak ingat rupa tokoh pembangkang yang ditemuinya ... Maklumlah, Tun mudah lupa.
4. Dia juga kata dia memang tak mahu menjalankan Operasi Lalang, iaitu tidak mahu menangkap tokoh pembangkang dan menghumbankan mereka ke panjara di bawah ISA tanpa hak pembicaraan. Tetapi malang sekali lagi tegasnya, Polis lebih berkuasa daripada PM. Dengan kehendak Polis, berlakulah Operasi Lalang yang menghantui rakyat Malaysia sehngga kini.
5. Hari ini Tun Dr M menegaskan pula dia memang benar-benar berhasrat nak hapuskan ISA ketika dia jadi PM. Aduhai apalah nasib, Polis menepis tangannya yang sedang menandatangani surat perisytiharan penghapusan itu, lantas terpelantinglah pena dari tangannya; yang lain tinggallah sejarah.
6. Alangkah kerdilnyajawatan PM di bumi Malaysia dan betapa perkasanya Polis. Sahlah Malaysia negara Polis.
7. Sungguh lucu Che Det oooii ...
7. Sungguh lucu Che Det oooii ...
No comments:
Post a Comment