Thursday, May 21, 2009

Hubungan Malaysia-Singapura

Hubungan Malaysia-Singapura sangat rumit.

Geografi dan sejarah menggariskan bahawa dua entiti ini berasal daripada satu jasad yang sama. Tetapi politik telah memisahkan dua negara ini. Adakah penyatuan semula satu kepastian akhirnya? Walau apapun, jalan ke arah penyatuan semula penuh dengan ranjau dan duri, dan jika ditaqdirkan berlaku akhirnya, ada pihak yang akan kerugian.


1. Sehingga 1957 Tanah Melayu dan Singapura merupakan sebahagian jajahan British. Apabila British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu, Singapura kekal di bawah jajahannya. Status ini disebabkan keluarga diraja Johor telah menjual pulau itu kepada kuasa British pada satu masa dulu. Singapura menyertai Tanah Melayu pada 1963 dalam satu gagasan baru - Malaysia, bersama Sabah dan Sarawak.

2. Pengalaman bersama KL-Singapura 1963 sehingga 1965, apabila Singapura 'dimerdekakan' atau 'disingkirkan' (bergantung pada sudut memandang) , penuh dengan pahit maung. Ini disebabkan ideologi yang sangat berbeza di antara kepemimpinan dua komponen itu.

3. Singapura telah memanfaatkan sepenuhnya keanggotaannya dalam Malaysia. Ia telah memperolehi kemerdekaan tanpa oerlu berpenat lelah. Ia telah dapat menghuraikan krisis politik yang melanda entiti baru itu, sehingga kuasa politik berpusat pada satu orang, Lee Kuan Yew, dan partinya PETIR (Parti Tindakan Rakyat).

4. Singapura ialah Lee Kuan Yew dan Lee Kuan Yew (LKY) ialah Singapura. Pernyataan ini sungguh benar sehingga kini. LKY - pengasas Singapura, perancang strateginya, pemantau kemajuannya, pelindung khazanahnya , ...

5. LKY sering bertelagah dengan Al-Marhum Tunku. Tunku sangat sangsi terhadap niat LKY. Kesangsian Tunku mempunyai asas. LKY ingin memenggal seberapa badan dan aset Malaysia untuk dijadikan miliknya. Jika ia menarik diri dari gagasan Malaysia, ini ingin dilakukan dengan menarik sama Sabah dan Sarawak. Bayangkan negara baru 3S (Singapura-Sabah-Serawak), dengan kekuatan kedudukan strategik dan sumber alam yang melimpah ruah, tentunya bakal menggugat Tanah Melayu. Walau bagaimanapun tindakan Tunku 'menyingkirkan' Singapura pada tahun 1965 merupakan satu keputusan tragis yang akan dicatat dalam buku politik antarabangsa sebagai satu kegagalan kepemimpinan dan diplomasi.

6. Kesilapan besar kedua Tunku ialah kegagalannya mentakrifkan dengan jelas - pada peringkat awal lagi - sempadan rantau dan aset dua negara ini; ruang-ruang bertindih antara kepentingan dua negara dibiarkan begitu sahaja; ini bakal menghantui Malaysia untuk dekad mendatang.

7. Semasa dalam iddah lagi, Singapura (dibaca LKY) telah merangka strategi menguasai seteru utamanya - Malaysia; ini mahu dicapai dalam jangka hayat peribadinya, iaitu 40 tahun. Sejak hari pertama perceraiannya dengan Malaysia, Singapura mula menunjukkan taringnya, yang semakin hari semakin tajam, walaupun dibungkus dengan rapi oleh diplomasi yang halus. Singapura sentiasa mempamerkan dirinya kepada mmasyarakat antarabangsa sebagai mangsa, Malaysia sebagai pemangsa.

8. Empat puluh tahun berlalu, dan impian LKY kini menjadi realiti. Singapura memiliki kedudukan untuk menyuarakan dengan lantang kehendaknya kepada Malaysia.

9. Isu/peristiwa MAS (sebagai 'internationally registered trademark' Monetary Authority of Singapore, bukan Malaysian Airline System), lawatan Herzog, CIQ-Jambatan Bengkok, Pulau Batu Putih, semuanya menunjukkan keazaman Singapura dan LKY untuk menunjukkan siapa yang lebih berkuasa.

10. Singapura ialah LKY dan LKY ialah Singapura. LKY cauvinis-opportunis yang telah berjaya menjelmakan Singapura sebagai satu lagi tampuk kekuatan bangsanya menguasai Asia Timur. Ini dilakukan melalui dasar demografi yang memastikan tidak kurang 85% rakyat Singapura bangsa Cina. Kadar kelahiran yang rendah ditampung dengan dasar pemberiaan status kerakyatan kepada warga asing keturunan Cina.

11. Singapura sangat akur tentang kepincangannya sebagai sebuah negara pulau kecil. Perubahan iklim mungkin satu masa kelak akan menenggelamkan bumi itu. Ia juga memerlukan tanah yang lebih luas untuk menempatkan penduduknya kian membesar (dalam jangka panjang, menawan semula Malaysia.)

12. Wilayah Iskandar Malaysia (IM) menjadi wahana bagi singapura merealisasikan impiannya. IM juga pengiktirafan Malaysia tentang keperluan Singapura, dan Malaysia kelihatan begitu ghairah memuaskan nafsu Singapura.

13. IM merupakan titik awal penyatuan kembali Singapura-Malaysia, penyatuan yang akan mematuhi terma dan syarat LKY.

No comments: