Thursday, December 3, 2009

Hari AIDS Sedunia

Bahaya AIDS sentiasa mengancam kita.  Jangkitan HIV boleh berlaku secara sukarela atau sebaliknya.  Yang dimaksudkan dengan sukarela ialah apabila seseorang begitu 'adventurous' menjerumuskan diri ke dalam kancah aktiviti seks yang terlarang oleh agama.  Tanpa rela ialah apabila jangkitan berlaku melalui insiden seperti pemindahan darah.
1.  Kita harus melahirkan empati kepada pembawa virus HIV dan pengidap AIDS.
2.  Mereka patut mendapat perlindungan yang sebaik-baiknya.
3.  Anggota masyarakat yang lain pula berhak untuk dilindungi daripada bahaya gejala ini.
4.  Malangnya, ramai yang terdedah kepada bahaya ini tanpa disedari.
5.  Ada doktor yang dijangkiti HIV semasa merawat pesakit. dalam insiden 'needle prick'.
6.  Kini pembawa kuman HIV mungkin berada di rumah kita sendiri, dengan pembantu rumah yang tidak diketahui latar belakangnya.
7.  Di negara jiran, jumlah pembawa HIV sangat tinggi.  Mereka yang berhijrah ke Malaysia untuk menyara hidup sebagai 'bibik' merupakan satu kelopmpok yang terdedah dengan bahaya ini, di samping penyakit lain seperti Hepatitis dan Syphilis.  Agen yang membawa masuk pembantu rumah mungkin sahaja memadamkan rekod perubatan mereka, melalui cara tertentu.
8.  Justeru itu, kita harus waspada apabila mengambil pembantu rumah.  Bukanlah kita hendak menghina mereka, tetapi kita perlu utamakan keselamatan ahli keluarga kita.  Orang yang sanggup merantau bertahun-tahun di negara orang bukanlah manusia biasa; mereka biasa melalui pengalaman pahit di tanah air mereka; sering mempunyai suami yang kurang serasi.
9.  Anda mungkin mendedahkan anak kesayangan anda kepada bahaya jangkitan jika anda kurang berhati-hati.
10.  Mungkin sekali telah ada anak-anak kecil di pusat asuhan yang telah dijangkiti.  Implikasinya, penularan sukar dibendung ...
11.  Semoga Allah melindungi kita daripada bahaya gejala ini, dan bahaya segala wabak penyakit.  Semoga semua pengidap diberikan ketanahan dan kesabaran oleh Allah yang Maha Kaya dan Pengasih.

No comments: