Monday, November 30, 2009

BTN: Dolak Dalik BN Melucukan

Dolak-dalik BN dalam isu BTN berterusan dan rakyat sedang menonton drama yang melucukan.  Dalam BN sendiri, tidak ada kata sepakat tentang BTN.  Ada suara menentang (contoh: orang baru Idris Jala), ada yang mahu digubal semula (contoh: pragmatis Nazri),  ada yang mempertahankan (contoh: statis dan denialis Shahrizat), dan ada yang cuba menjustifikasikannya (contoh: Ketua Penerangan UMNO cum Timbalan Menteri di JPM Ahmad Maslan).
1.  Menegakkan benang basah memang sukar, tepat sekali pepatah Melayu itu.
2.  Setiap hari berlalu, isu BTN menampakkan kecelaruan dalam gabungan parti BN.
3.  Dalam UMNO, kata-kata lucu diluahkan pemimpin mereka.
4.  Setiap luahan menzahirkan kejahilan, keangkuhan, dan yang jelas ketidakjujuran.
5.  Antara yang melucukan menggunakan pensijilan ISO9000 yangditerima BTN untuk menjustifikasikan keberterusan program itu.
6.  ISO9000 merupakan pensijilan tentang keseragaman sesuatu proses.  Seorang pembuat roti canai yang melalui proses yang seragam sehingga roti canainya terhidang dengan bentuk dan rasa yang sama setiap kali, layak menerima pensijilan ISO9000.
7.  ISO9000 tidak memberikan penilaian terhadap'nilai' sesuatu prosedur.  Satu prosedur yang buruk tetapi seragam layak menerima sijil itu. 
8.  Apabila BTN mendapat sijil ISO9000, itu bermakna setiap program berjalan dengan seragam menurut dokumentasi yang disediakan.  ISO9000 tidak sekali-kali mengiktiraf bahawa BTN satu program yang baik.
9.  Kelucuan tidak berhenti di situ.  Shahrizat menegaskan  'BTN is okay.'  Masa telah berlalu sejak rakyat menerima benar segala kata-kata pemimpin; ini pula pemimpin yang telah hilang kerusi.
10.  Ada pernyataan 'Participants enjoy the course.'  Siapa peserta yang dimaksudkan, aspek apa yang digemari, makanan?  Mengapa tak buat pungutan suara (polling)?
11.  Sementara itu, suara membisu yang sungguh memekakkan telinga kedengaran daripada parti komponen BN yang lain.  Kita nak dengar pandangan pemimpin MCA, Gerakan, dan MIC dalam hal ini.
12.  Sementara itu juga, suara dalam PR sepakat menolak BTN.
13.  Syabas, rakyat Malaysia!

No comments: