Friday, November 13, 2009

Sedikit Ulasan: 'The Truth Emerges'

Saya ada kepilkan sorotan buku Tok Mat yang terbit dalam akhbar The Star 25 Oktober 2009. Walaupun sorotan itu pendek, tetapi ia berjaya menyentuh noktah-noktah yang signifikan dan relevan dalam konteks politik semasa tanah air kita. Apa yang penting bagi seorang rakyat yang berfikir ialah mengekstrapolat pemerihalan Tok Mat itu untuk kini dan selanjutnya.

1. Jika itu berlaku pada zaman Tun Mahathir, ia juga kemungkinan besar diteruskan oleh Dato Seri Mohd Najib.
2. Najib meneruskan kebanyakan strategi politik Mahathir, walaupun diberi wajah baru.
3. Mahathir merupakan idola bagi Najib.
4. Mahathir contoh kejayaan bagi Najib - bagaimana seorang pemimpin boleh bertahan begitu lama.
5. Pak Lah, yang cuba mengingkari cara Mahathir, gagal bertahan lama - contoh kegagalan bagi Najib.
6. Najib menggunakan slogan 1Malaysia untuk melaksanakan strategi yang sama dengan strategi Mahathir.
7. Media senjata utama. Kempen menjatuhkan kerajaan PR di negeri-negeri tertentu telah bermula. Perak sudah pun jatuh. Peranan Najib sangat ketara.
8. Media hanya melaporkan 'masalah' di negeri yang ditadbir PR.
9. Sebaliknya, media yang sama menonjolkan 'kemajuan' yang dicapai pemimpin BN.
10. 1Malaysia satu strategi memperdayakan rakyat.

No comments: