Biro Tata Negara (BTN) satu badan milik Kerajaan Malaysia. Kos operasinya ditanggung oleh pembayar cukai. Programnya sewajarnya mendatangkan keuntungan kepada rakyat Malaysia. Namun peranannya sering dipersoalkan, sehinggakan ada yang mengatakan bukan sahaja BTN membazir wang rakyat, tetapi juga menyusahkan kakitangan Kerajaan dengan agenda pendoktrinannya, malah mengkhianati rakyat Malaysia seluruhnya.
1. Kononnya objective utama BTN ialah ke arah mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu dan patriotik.
2. Program BTN menekankan konsep ketuanan Melayu.
3. Kerelevanan konsep ketuanan Melayu tidak langsung dibahaskan.
4. Walaupun Ketuanan Melayu nampak canggung apabila 1Malaysia turut dilaungkan.
5. Itu langsung tidak diambil peduli.
6. Pendoktrinan BTN mungkin lebih dahsyat daripada Komunis.
7. Dalam satu sesi, peserta diberi 4 keping wang syiling: 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Peserta diarahkan meletakkan setiap keping pada ruang kosong yang dilabel: Diri sendiri, agama, bangsa dan Negara supaya nilai yang berpatutan dapat diagihkan kepada empat entiti itu. Apabila peserta meletakkan satu keping di setiap ruang yang mencerminkan persepsi masing-masing, fasilitator mengatakan semuanya salah. 'Anda mesti letakkan semua wang itu pada tempat yang sama' Ruang itu bukan diri atau agama.
8. Daripada episod itu, agama tidak mengambil tempat dalam agenda BTN.
9. Tidakkah sama doktrin dengan Komunisme yang mengatakan agama candu masyarakat?
10. Malah BTN lebih dahsyat sebab ia badan rasmi yang halal - dan menghalalkan.
No comments:
Post a Comment