Tidak ada bonus tahun ini untuk kaki tangan awam. Setelah tahun demi tahun menerima bonus, tidak mendapat bonus tahun ini merupakan satu kejutan bagi mereka. Realitinya ramai yang telah menjadikan tabiat mereka 'mengira ayam sebelum telur mengetas': mereka merancang bajet berdasarkan pendapatan 13 bulan. RM500 separuh daripada apa yang setengah mereka biasa terima, dan kurang separuh untuk yang lain.
1. Sejak bonus yang pertama diberi, kaki tangan awam tidak pernah dihampakan sebegitu rupa; pada ingatan saya, jumlah yang paling kecil ialah separuh gaji, pada masa ekonomi sangat gawat.
2. Apakah justifikasi Kerajaan tidak mahu memberi bonus?
3. 'Dengan keadaan ekonomi yang begini (teruk), tuntutan bonus adalah salah dari segi moral,' tegas PM Najib.
4. Ramai yang beranggapan tidak mahu memberi bonus itu adalah keputusan PM sendiri.
5. Alasannya: baru tahun lepas (2008, semasa Tun Abdullah menjadi PM), bonus sebulan gaji diberikan, dan ekonomi yang teruk tidak bermula tahun ini.
6. Lagipun, Kerajaan baru membelanjakan RM60 billion untuk pakej perangsang ekonomi; jumlah itu amatlah besar dibandingkan dengan bajet Negara!
7. Ke mana wang RM60 billion itu disalurkan menjadi tanda tanya; tiada laporan audit yang dibentangkan; menurut sumber perdana, kesan positifnya telah mula dirasai.
8. Jika pakej stimulus itu berjaya, maka sudah tentu tidak ada alasan untuk tidak memberi bonus.
9. Sebaliknya jika pakej stimulus itu belum berjaya, bukankah satu cara yang yang baik untuk merangsang lagi ekonomi dengan menghulurkan wang ke saku penjawat awam, supaya mereka dapat berbelanja.
10. Tentunya penjawat awam menggunakan wang bonus untuk membeli peralatan sekolah untuk anak mereka, membaiki rumah mereka, dan mungkin melakukan ibadah qurban, atau setidak-tidaknya untuk 'offset' cukai pendapatan.
11. Tidak ada logiknya Kerajaan tidak memberi bonus tahun ini.
12. Tambahan pula, rakyat tidak nampak Kerajaan begitu berhemah dalam perbelanjaan; contoh projek pembaziran tajaan Kerajaan BN tampak di sana-sini.
13. Sungguh pakej stimulus dalam konteks 'Najibnomics' telah kian terasa - azab sengsaranya.
No comments:
Post a Comment