'Anwar Ibrahim tidak pandai ekonomi,' sergah Khir Toyo. 'Anwar akan bankrapkan Selangor,' tokok Tun Mahathir. Memang menjadi tugas mantan MB dan PM menyumbang idea, walaupun tanpa dipohon. Selain membantu Najib, tugas mereka memberi propaganda negatif terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat. Program hitam 'Anwar bashing' akan terus kedengaran.
1. Jika ulasan dari sumber perdana harus diyakini, Mahathir memang genius ekonomi.
2. Gelaran yang sama sukar dikaitkan dengan Khir, atau mana-mana mantan MB Selangor.
3. Pentadbiran silih berganti, sejak Datuk Harun lagi, Selangor menuju ke lembah kekusutan ekonomi,
4. Walaupun tiada siapa menuduh Muhammad Mat Taib atau Khir Toyo jahil ekonomi, massa faham ekonomi Selangor bertambah tenat semasa BN memerintah.
5. Satu demi satu skandal ekonomi terdedah.
6. Selangor negeri terkaya dengan sumber asli yang banyak dan industri yang pesat.
7. Tidak ada yang tidak diselewengkan semasa BN memerintah, di bawah pengawasan penuh Tun Dr Mahathir.
8. Kita tidak perlu genius ekonomi yang kerjanya membaham segala khazanah negeri.
9. Kita perlu tokoh yang sentiasa waspada terhadap peneyelewengan.
10. Anwar Ibrahim sendiri mangsa penyelewengan (sistem keadilan), dan dialah orang yang terbaik menyelamatkan negeri Selangor dari ditimpa bencana (ekonomi).
11. Dalam ekonomi, tidak ada satu teori pun yang sentiasa betul.
12. Di Selangor pun, Anwar akan mempengerusikan panel ekonomi untuk menasihat kerajaan negeri. Anwar tidak diberi kuasa mutlak. Selangor masih ada DUN yang cukup kritikal, bukan Parlimen yang menjadi 'rubber stamp' sahaja.
13. Anwar seorang tokoh yang bijak dan ekonomi telah diamanahkan kepadanya oleh tak lain )Tun) Mahathir sendiri. Pada 1998, Tun berkali-kali menafikan Anwar disingkirkan lantaran prestasi eonominya. [Adakah Tun sudah lupa seperti orang Melayu yang lain?] Kenapa kini Tun mahu menyalak?
No comments:
Post a Comment