Saturday, November 14, 2009

Penyelewengan Sistem Demokrasi

Falsafah demokrasi menegaskan bahawa kebenaran dan kebaikan itu ditentukan oleh majoriti.  Sama ada kita setuju dengan ideologi ini atau tidak, yang jelas tidak wujud amalan demokrasi yang tulen dalam dunia kini. Tambahan pula, ada negara yang demokrasinya langsung diselewengkan.

1.  Berbagai bentuk sistem demokrasi telah dimanifestasikan.
2.  Sistem di Amerika Syarikat berbeza dengan sistem yang diamalkan di United Kingdom wlaupun terdapat banyak kesamaan antara keduanya.
3.  Di AS, presidennya ditentukan melalui pilihanraya presiden melalui majoriti dalam undian elektorat.  Calon presiden tidak perlu majoriti dari segi bilangan rakyat yang mengundinya, tetapi mestilah mendapat majoriti daripada undi elektorat berdasarkan negeri-negerinya.  Ada negeri yang memiliki bilangan undi yang besar dan ada yang kecil.  Negeri-negeri yang mempunyai bilangan elektorat yang besar sangat kritikal dalam menentukan menang atau kalahnya seorang calon presiden.
4.  Selain itu, di AS terdapat hanya dua parti yang signifikan:  Republikan (konservatif) dan Demokrat (tengah-liberal).  Setiap parti menentukan calon masing-masing dalam piliharaya yang dinamakan 'Primaries' sebelum pilihanraya yang sebenar.  Dengan itu, setiap PR di sana terdapat hanya dua calon presiden yang signifikan.  Rakyat AS mesti memilih salah satu daripada senarai itu. (Walaupun pada dasarnya, calon lain boleh muncul sebagai calon parti ketiga atau calon bebas, namun peluang kemenanganya amatlah tipis sekali.)
5.  Bagaimana seseorang itu boleh jadi calon presiden merupakan satu persoalan yang sangat menarik.  Yang jelas, untuk menjadi calon yang signifikan seseorang mestilah mampu menjana dana yang besar.  Dana, imej dan pengaruh merupakan 3 resipi untuk kejayaan.
6.  Di UK juga, terdapat dua parti utama:  Konservatif dan Buruh (walaupun ada parti ketiga - Liberal - peluangnya tidak baik.).  Rakyat memilih ahli Parlimen untu kawasan-kawasan tertentu. Parti yang memiliki bilangan ahli Parlimen teramai akan membentuk Kerajaan, dan ketuanya biasanya menjadi Perdana Menteri.
7.  Dua negara itu boleh dianggap model demokrasi walaupun terdapat berbagai kepincangan. Secara kasarnya, PR di kedua negara dianggap bersih. adil dan bebas.
8.  Adil dari segi kesamaan peluang untuk menang jika, secara hipotetikal, seorang calon yang sama diletakkan untuk setiap parti yang mempunyai pengaruh yang sama.
9.  Bersih dari penipuan dalam proses pengundian dan pengiraan undi.
10.  Bebas - tidak ada sekatan yang dikenakan ke atas mereka yang layak untuk mengundi keluar mengundi; mereka juga bebas untuk tidak mengundi.
11.  Malaysia dikatakan mengamalkan demokrasi ala UK.  Sehingga 2008, hanya satu parti yang signifikan wujud.  Parti lain (yang dilabel negatif 'Pembangkang') yang cuba dibina, sama ada dicantas semasa dalam tunasan lagi, atau ditelan bulat-bulat oleh jentera BN yang memerintah.  Kerajaan dan BN menjadi sunonim.
12.  Padang permainan sungguh tidak rata.  Kerajaan, sinonim bagi Parti Pemerintah, memiliki dana yang besar.  Jentera Kerajaan menjadi jenteri Parti.  Polis dan Mahkamah (dan kini SPRM) merupakan alat untuk memastikan kekuasannya.  Kerajaan menguasai media dari semua segi akhbar dan elektronik, kecuali mungkin Internet.
13.  Di Malaysia, Adil, Bersih dan Bebas merupakan tanda-tanda tanya yang sangat signifikan.

No comments: