Friday, November 13, 2009

1Malaysia, Kelantan & Royalti Minyak

Pelaksanaan 1Malaysia diperhebatkan. Antara sasaran terkini ialah Kelantan. Isunya royalti minyak.

1. Objektif utama 1Malaysia ialah mengembalikan semua negeri kepada BN.
2. Kelantan, negeri yang paling kukuh di tangan PR, sukar sekali untuk dirampas semula.
3. Kerajaan PAS Kelantan telah menuntut royalti minyak dibayar kepadanya untuk minyak yang disedut Petronas di perairan Kelantan.
4. Kerajaan Pusat (BN) sentiasa menafikan bahawa negeri Kelantan mempunyai hak untuk mendapatkan royalti itu, dengan bermacam-macam alasan.
5. Kini Najib terfikir untuk memulangkan hak Kelantan itu, tetapi dalam bentuk yang menguntungkan BN.
6. Dinamakan 'Wang Ehsan', ia tidak diberikan kepada kerajaan negeri tetapi akan diurus oleh Kerajaan Pusat untuk 'tujuan membangunkan Kelantan dan membantu orang miskin'.
7. Ini jelas satu strategi untuk merampas Kelantan.
8. BN akan mengenalpasti projek 'pembangunan' dan menganugerahkan kontrak kepada golongan tertentu.
9. Apakah projek pembangunan itu? Siapakah yang akan mendapat kontrak?
10. Dengan kekuatan PAS di Kelantan, orang-orang BN telah kehilangan semangat. Suntikan kontrak dan dana amat diperlukan untuk mengembalikan semangat dan nafsu mereka.
11. Apakah tidak cukup dengan Jabatan Pembangunan Pusat yang telah mewujudkan 'kerajaan dalam kerajaan' di negeri itu?
12. Tidak cukupkan penyelewengan yang telah dilakukan oleh PPRT?
13. 1Malaysia merupakan penghinaan kepada rakyat Kelantan seluruhnya.

1 comment:

C T Bakar said...

Salute 1Thinking Aloud,

Baru tadi berkenalan dengan blog anda. Seperti boleh mencambahkan pertanyaan2 yang boleh meluaskan minda. Syabas dan teruskan.

Cth tentang isu Royalti Minyak ni. Saya bukan anak Kelantan, Terengganu, Sabah mahupun Sarawak. Tapi kenapa keputusan/tindakan PM M'sia (sejak Dr M hingga sekarang) tidak membantu saya memahami konsep yang 'Malaysia' ini sebenarnya ada 1?

C T Bakar