Thursday, January 28, 2010

Gula, Petani, dan 1Malaysia

Harga gula naik 20 sen pada 1 Januari 2010, hadiah tahun baru PM kepada rakyat 1Malaysia. Alasan yang diberikan: 'Memang tidak logik Kerajaan memberi subsidi bagi sesuatu yang sungguh berbahaya.  Premis ini telah lama dicanang dalam media nasional menjelang penarikan subsidi gula.  Sebelum Najib, tidak ada PM yang tergamak menarik subsidi gula; mungkin mereka punyai alasan yang teguh untuk mengekalkan subsidi gula.





1.  Gula memang mengancam kesihatan rakyat menengah dan atasan.
2.  Golongan ini pun galak aktif menjauhi gula.
3.  Mereka mampu membeli pemanis alternatif, seperti isomalt 
     dan aspartame.
4.  Malah golongan ini telah sekian lama terkesan oleh kemanisan hidup 
     mereka sendiri.
5.  Merekalah yang mendaki Gunung Kinabalu berbekalkan jongkol 
     coklat berjenama seperti Mars atau Snickers.
6.  Golongan inilah yang berada di benak PM apabila ia mengungkapkan: 
     'Gula sungguh membahayakan.'
7.  Sungguh tidak relevan ungkapan itu!  Kerana turun naik harga gula 
     langsung tidak memberi kesan kepada golongan menengah dan atas.
8.  Malah bagi rakyat yang lain, gula bukan satu ancaman.
9.  Sebaliknya gula keperluan asasi bagi mereka.
10.Golongan ini tidak mampu untuk mengunyah Mars bar atau 
     mengecap ais krim.
11.Tetapi tenaga tubuh itulah modal pokok untuk mereka menyara hidup.
12.Secangkir kopi manis pada awal pagi memberi tenaga kepada petani 
     untuk menghempaskan tulang empat kerat di sawah.
13.Bekalan kuih manis - lempeng, seri muka atau kuih kasui - mengecas 
     semula tenaga  yang pantas menyusut setelah beberapa jam 
     berhempas pulas.
14.Bini dan sedozen anak di rumah juga memerlukan tenaga untuk 
     aktiviti harian.
15.Bagi keluarga petani ini – sama juga nelayan dan penarik beca, 
     3 kilo gula sehari menjadi keperluan asas.
16.Perbelanjaan bulanan kini bertambah RM18 sedangkan saku 
     mereka sering melayang keringanan.
17.Itu belum termasuk membeli barang makanan terproses 
     mengandungi gula yang sudah pasti akan naik harganya.
18.Keluarga petani atau penarik beca ini tentu pasti terkesan dek 
     kenaikan harga gula.
19.Golongan ini langsung tidak rterfikirkan oleh Najib  apabila 
     dia merangka sesuatu keputusan.
20.Pada hal golongan petani, nelayan dan penarik beca juga hidup 
     dalam 1Malaysia.
21.Kenaikan harga gula menjadi satu elemen penting dalam 
     kitaran ganas bagi mereka:
                   Mereka perlu gula untuk bekerja. 
                   Kenaikan harga gula mengurangkan keupayaan 
                                  dan mengurangkan pendapatan. 
                   Pendapatan yang mengecil mengurangkan keupayaan 
                                   untuk membeli gula! ...

No comments: