Monday, February 1, 2010

Klinik 1Malaysia: Antara Propaganda & Realiti

Klinik 1Malaysia menjadi tajuk beberapa rencana dalam Buletin MMA (Malaysian Medical Association)  isu November dan Disember.  Nampaknya pandangan perdana dalam profesion Perubatan tidak bersetuju dengan tindakan mewujudkan Klinik 1Malaysia.  Hairan juga saya dibuatnya, tetapi saya tetap berfikiran terbuka, langsung membaca rencana yang ditulis beberapa tokoh Perubatan negara.  Pada zahirnya, Klinik 1Malaysia satu langkah memberi khidmat perubatan yang lebih meluas kepada rakyat.  Realitinya ia memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan rakyat Malaysia, terutama yang berpendapatan rendah
(Gambar hiasan)

1.  Dalam ucapan Bajet September 2009, PM mengumumkan penubuhan 50
     buah Klinik 1Malaysia yang akan dibuka kepada pesakit dari jam 10 pagi
     hingga 10 malam.
2.  Pertengahan bulan Januari 2010 menyaksikan pembukaan beberapa
     Klinik 1Malaysia di seluruh negara.
3.  Menurut pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bil 20/2009,
     tujuan penubuhan ialah 'menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan
     ringan kepada penduduk di kawasan bandar sesuai dengan pendekatan
     kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.'
4.  Penduduk di kawasan berkenaan akan mendapat akses kepada rawatan
     kesihatan dengan mudah.
5.  Sungguh murni langkah itu:  Seakan-akan :
           It is your neighbourhood health-centre ...  
           Healthcare at your doorsteps  ...
6.  Apa yang diluahkan penulis dalam Buletin MMA ialah kualiti
     perkhidmatan yang disediakan klinik 1Malaysia.
7.  Klinik 1Malaysia diketuai seorang Penolong Hospital (HA)
     yang, berdasarkan takrifnya, tidak mempunyai kelayakan merawat
     mencukupi.
8.  HA di klinik 1Malaysia itu pula dinaik taraf menjadi Penolong
     Pegawai Perubatan (AMO) sekan-akan mereka hampir setaraf
     dengan pegawai perubatan (MO).
9.  Bagi AMO dan staf klinik 1Malaysia, penubuhan klinik itu
     bagaikan durian runtuh; kini mereka menikmati pendapatan
     lumayan walaupun dengan kelayakan yang rendah.
     Tambahan pula, masa perkhidmatan 10am-10pm menjanjikan
     pendapatan tambahan daripada kerja on-call.
10. Apa pula kesannya kepada pesakit?
11. Pesakit mungkin tidak akan mendapat perkhidmatan yang
      sesuai di klinik 1Malaysia. Mereka sebenarnya dinafikan hak
      untuk mendapatkan rawatan yang tepat dengan segera.
12. Pokoknya:  Siapakah yang akan mengkategorikan  penyakit
      sebagai ringan atau berat?  Hakikatnya pesakit sendiri terpaksa
      membuat penilaian terhadap keadaan mereka.
13. Penyakit demam pada zahirnya ringan, tetapi mungkin berat
      jika ia simptom kepada jangkitan H1N1 atau keadaan kanser.
      Klinik 1Malaysia akan melambatkan pesakit sebegini mendapat
      rawatan sewajarnya dengan cepat padahal masa menjadi faktor
      hidup mati pesakit!
14. Dan keadaan penuh cabaran ini terpaksa dilalui oleh golongan
      berpendapatan rendah.  Manakala golongan kaya akan terus
      merujuk ke hospital swasta untuk penyakit mereka.
15. Benarlah telahan seorang penulis 'Dengan klinik 1Malaysia
      yang kaya akan bertambah kaya.  Yang miskin bertambah miskin.'
16. Persoalan lain yang timbul:  Kenapa klinik Malaysia di bandar?
17. Jawapan yang munasabah:  Dengan pengaburan mata rakyat
      melalui propaganda Klinik 1Malaysia dalam media perdana, kerajaan
      berharap dapat meraih kembali sokongan penduduk bandar yang
      jelas merosot dalam PRU12..
18. Melalui Klinik 1Malaysia juga, kerajaan dapat menyalurkan dana
      kepada beberapa kontraktor terpilih dalam suasana ekonomi
      dan politik yang muram melalui ubahsuai premis untuk tujuan itu.
19. Itulah satu strategi menang-menang bagi BN.
20. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, kononnya.

No comments: