Ahli Parlimen Australia telah bersuara: 'Gugurkan Pertuduhan!'.
Senat AS juga bersuara 'Pastikan perbicaraan dijalankan dengan adil!'
Mengapa mereka di luar sana sudah bersuara manakala ramai yang berada di dalam negara masih membisu seribu hahasa?
'Indeed the silence from within is so deafening.'
Adakah ia semata-mata Anwar?
1. Anda tidak perlu bersetuju dengan sebarang tindakan Anwar untuk mengambil pihak.
2. Kes yang berlaku bukan tentang Anwar.
3. Ia tentang maruah Negara.
4. Maruah Negara telah dibantai habis-habisan pada tahun 1998 sehingga Anwar terpenjara.
5. Menebus kembali maruah negara bukan satu perkara yang mudah.
6. Ia mengambil masa yang panjang.
7. Mungkin orang luar negara mudah nampak dari orang yang berada di dalam, sebab mereka pihak yang tidak berkepentangan.
8. Selain kepentingan melihat sebuah negara yang berpotensi seperti Malaysia dapat menyertai masyarakat antarabangsa secara sihat dan bermaya.
9. Dalam kes yang sedang berjalan, fakta-faktanya begitu jelas sekali.
10.Pihak berwajib bertujuan jahat mendakwa Anwar.
11.Suasana di sekitar peristiwa (yang dikatakan berlaku) amat meragukan.
Laporan dua hospital yang jelas.
Pembabitan Najib, Rosmah dan pejabatnya (semasa dia TPM).
Kesungguhan Kerajaan BN meluluskan Undang-Undang DNA.
DNA digunakan sebagai unsur utama dalam pertuduhan.
Penetration bukan lagi unsur utama.
Nama pegawai Polis yang telah tercemar seperti Rodwan kembali muncul.
Perjalanan Mahkamah: Senarai bukti yang disembunyikan daripada peguam pembela.
Permohonan Qazaf Anwar yang mendapat tentangan daripada beberapa pihak
yang menimbulkan kehairanan.
12.Semua cabang utama dalam pentadbiran Negara terlibat untuk 'mengenakan Anwar':
Polis,Mahkamah/Hakim/Peundangan, Eksekutif.
13.Tujuannya ialah menyekat Anwar dan Pakatan Rakyat, iaitu tujuan politik semata-mata.
14.Jika mereka berjaya, maka impian rakyat utuk mewujudkan sistem dua parti akan gagal.
15.Akan gagallah impian rakyat untuk melihat demokrasi hidup di negara mereka.
16.Negara akan terus kekal dengan sistem satu-parti dengan segala keangkuhan dan kezalimannya.
17.Usaha untuk memperbetulkanya akan menjadi mustahil, kerana semua pihak bersekongkol dalam agenda jahat mengkhianati hak rakyat.
18.Pembetulan hanya boleh datang dari luar seperti penjajahan semula oleh kuasa asing.
19.Adakah ini yang dinantikan rakyat?
20.Bukan Anwar yang menjalani tribulasi, tetapi seluruh negara.
21.Anda tidak perlu mengundi untuk Anwar, PKR atau PR, sebab bukan itu yang menjadi perkara pokok di sini tetapi hak anda untuk berada dalam sebuah negara yang aman dan stabil.
22.Mampukah seorang rakyat, walau sekerdil mana, diam membisu?
23.Tidakkah ada Ayat Quran yang menjelaskan bahawa sekiranya kezaliman telah berleluasa, maka seluruh masyarakat layak untuk menerima balasan azab Allah; 'orang baik' di kalangan mereka akan sama-sama menerima balasan lantaran kebisuan mereka.
No comments:
Post a Comment