Kini PM Najib sedang menghampiri bulan terakhir tahun pertamanya, dan PRU13 belum nampak bayangnya.
1. Ramai yang menjangka Najib akan membubarkan Parlimen pada tahun ini untuk memberi laluan kepada PRU13.
2. Najib masuk ke gelanggang pada 3 April 2009 menghembuskan nafas baru '1Malaysia, Performance Now.'
3. Pada hari pertama, dia mengumumkan pembebasan 13 orang tahanan ISA dan penarikan balik pengharaman beberapa kahbar milik Pembangkang.
4. Sementara popularitinya tinggi, rasanya eloklah dia membubarkan Parlimen. Tetapi bukan begitu jadinya.
5. Malang sekali, dia melihat persediaan untuk PRU13 belum mencukupi.
6. Parti MCA, MIC dan Gerakan masih dilanda masalah dalaman yang besar. Sebenarnya, masalah dalaman parti-parti itu telah lama berlarutan dan menjadi antara punca kemenangan BN dalam PRU12 tidak besar.
7. Najib memutuskan untuk menangguhkan PRU13 supaya masalah dalaman dapat diselesaikan dan beberapa ancaman yang ketara dapat dinyahkan dari landskap politik negara.
8. Itu semua satu proses 'time-buying'; kempen PRU13 yang sebenar telahpun bermula.
9. Dalam kempen ini, Najib ''yang sebenar (the real Najib) telah menzahirkan wajahnya.
8. Manusia boleh berpura-pura pada masa tertentu, tetapi dia tidak dapat berpura-pura selamanya.
9. Tabii Najib sebagai seorang penyangak (sebuah akhbar melabelnya 'street-fighter'), seperti yang ditunjukkannya apabila ia mengatakan Saiful 'jambu' semasa menuduh Anwar meliwat dan peranannya merampas negeri Perak (semasa dia TPM lagi), mula terapung semula.
10. Tindakannya semasa dia TPM masih dapat dibatasi kerana ada kuasa lain di atas Najib, tetapi kini dia rasa mampu mengejar nafsu buasnya.
11. Banyak tindakan Najib yang tidak dsukai rakyat; antaranya kenaikan harga gula, petrol, kadar tol (Mei nanti), vukai baru GST, dan pengalihan dana daripada sasaran sewajarnya ke tempat lain.
11. Trend yang jelas ialah menggunakan wang yang dijana dari sumber yang barudan yang dialihkan daripada pemotongan peruntukan kepada 'Tabung PRU13'.
12. Tabung PRU13 bukan tabung dalam ertikata lazim, tetapi wang itu akan digunakan untuk membina dan memperteguhkan jentera pilihanraya BN.
13. Jentera pilihanraya BN termasuk Polis (dan Mahkamah). Itu sebab Polis dinaikkan gaji menggunakan tabung ini.
14. Dari tabung yang sama, Najib dapat menyalurkan RM1 juta (dan mungkin beberapa juta lagi) kepada Yayasan Budiman UiTM.
15. Kita akan menyaksikan banyak lagi sentuhan budiman Najib pada hari-hari mendatang.
16. Semuanya ini tidak menampakkan PRU13 telah terlalu hampir, sebab dalam menggerakkan jenteranya dengan begitu kasar, akan ada kawan yang tercedera; mereka perlu dirawat.
17. Najib memerlukan sehingga 2011.
18. Pada masa yang sama, landskap politik negara harus dipersiapkan; antara langkahnya ialah menghapuskan ancaman yang paling besar yang telah dikenalpasti sejak awal lagi.
19. Najib dan Mahathir bersepakat dalam banyak perkara; satu daripadanya ancaman yang paling besar kepada UMNO (dan BN) ialah PKR dan terutama ketuanya Anwar Ibrahim.
20. Kesalahan besar Pak Lah ialah membebaskan Anwar dari penjara pada 2004.
21. Bagaimanapun juga Pak Lah menyedari sekiranya PRU12 diadakan apabila Anwar layak bertanding, keputusan yang ngeri pasti menanti BN, lantas membubarkan Parlimen walaupun isyarat menunjukkan suasana untuk menang belum cukup subur.
22. Jelasnya, selagi Anwar masih berada di landskap politik negara, selagi itulah Najib rasa belum bersedia.
23. Walaupun masa tidak menyebelahinya, Najib terpaksa tunggu.
24. Negara telah menyaksikan bagaimana Najib mendapat pujian daripada Tun Mahathir, pengkritik lantang Pak Lah, lantaran usaha Najib 'membetulkan semula' (reengineering) scenario politik negara.
25. Manusia bileh merancang, tetapi Allah-Lah sebaik Perancang. Manusia akan menyaksikannya.
No comments:
Post a Comment