1. Isyarat yang diberi seakan menunjukkan keadaan ekonomi telah mula baik.
2. Jika demikian maka tidak salah tuntutan Cuepacs untuk kerajaan meneliti semula gaji semua kaki tangan kerajaan.
3. Tetapi kerajaan tetap menegaskan ekonomi masih belum pulih dan langkah jimat cermat perlu diambil.
4. Satu cara untuk mengaktifkan ekonomi yang lembab ialah dengan menyalurkan dana ke dalam saku rakyat. Mereka akan giat berbelanja sehingga ekonomi kembali rancak. Inilah yang dilakukan apabila kerajaan membelanjakan RM60 bilion tahun lalu melalui pakej perangsang (stimulus).
5. Namun nampaknya kerajaan seakan-akan tidak yakin dengan dasar (liberal) 'stimulus' dan kembali kepada dasar (konservatif) 'jimat cermat' dan perbelanjaan berhemah.
6. Kerajaan seakan-akan mengambil satu jalan tengah: penyaluran dana secara terpilih.
7. Dana disalurkan kepada sektor terpilih. Pakej perangsang RM60 bilion itu pun tidak tentu ke mana perginya. Kini kerajaan menafikan kakitangan menikmati bonus tahunan tetapi meluluskan kenaikan gaji untuk anggota PDRM.
8. Kerajaan memotong peruntukan untuk program-program di sekolah, tetapi meluluskan dana khas untuk sekolah dan pengetua/guru besar 'berprestasi tinggi'.
9. Pendekatan ini mempunyai kesan menstrukturkan kembali sistem perntadbiran kerajaan.
10. Beberapa sekolah yang berprestasi tinggi mendapat dana yang lebih manakala dana mungkin ditarik daripada sekolah-sekolah lain.
11. Program di sekolah tidak diberi peruntukan kewangan yang secukupnya tetapi beberapa orang pengetua dan guru besar akan menikmati ganjaran tambahan.
12. Kaki tangan kerajaan dinafikan bonus tahun manakala segelintir yang lain mendapat RM500,000 melalui Anugerah Merdeka.
13. Langkah pengstrukturan semula ini juga mempunyai hubungan unsur 'kesetiaan'.
14. Unit yang kesetiaannya dilihat paling kritikal diberikan ganjaran melebihi unit-unit lain.
15. Inilah agaknya mengapa kakitangan PDRM mendapat habuan yang begitu baik berbanding yang lain.
16. Kesetiaan aggota polis amat diperlukan kerajaan dalam suasana negara yang semakin tidak menentu.
17. Di samping sekalung tahniah untuk anggota polis, mereka juga harus diingatkan agar dapat menjaga integriti profesion mereka.
18. Polis bertanggungjawab menjaga ketenteraman dan kesejahteraan negara, bukan menjaga kepentingan segelintir pihak yang kini berkuasa.
19. Dana yang disalurkan kepada polis bukan datang dari saku pemerintah tetapi dari khzanah negara, milik rakyat seluruhnya.
20. Oleh itu, mereka tidak seharusnya membiarkan diri mereka diperalatkan oleh pihak tertentu, sebaliknya sentiasa menepati etika profesion mereka.
21. Dengan itu, barulah kenaikan gaji yang dikecapi itu mendapat restu sepenuhnya dari rakyat 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment