Saturday, February 27, 2010

Of Pak Lah and His 'Arrested Reforms' (dlm BM)


Selepas PRU12, BN di bawah pimpinan Pak Lah cuba berhadapan dengan realiti.  Sebagai pemimpin yang waras, Pak Lah memutuskan untuk menerima realiti.  Dia menyambut keputusan PRU12 secara spontan 'That's the way democracy works.'  Sejak 8 Mac 2008 Pak Lah menepati semangat demokrasi dengan menggerakkan reformasinya.  Malang sekali golongan yang dominan dalam UMNO sangat tebal dengan sindrom penafian ('denial syndrome'):  Mereka tidak dapat menerima realiti sebab realiti bagaikan pil pahit yang sukar ditelan.  Akhirnya usaha Pak Lah ke arah reformasi terbantut.

1.  Realitinya rakyat Malaysia menolak BN secara besar-besaran.
2.  Pak Lah ingin menerimanya dan menjanjikan perubahan untuk menawan semula hati rakyat.
3.  Perubahan yang diperlukan mestilah secara besar-besaran (signifikans), bukan setakat imej atau kosmetik.
4.  Contoh yang signifikans: Pak Lah cuba mereformasikan Kehakiman.
5.  Dia membenarkan pembentukan Surruhanjaya untuk menyiasat pita Lingam.
6.  Pita Lingam mendedahkan kebobrokan BN dan UMNO ke akar umbinya.
7.  Ramai pemimpin UMNO, termasuk Tun Dr Mahathir dan Tengku Adnan Mansor, selain tokoh Badan Kehakiman, didapati bersalah.
8.  Tun Dr Mahathir sendiri mengetuai gerakan anti-Pak Lah dalam usaha menjatuhkan Pak Lah.
9.  Tun Mahathir dan protegenya Najib berada dalam pasukan yang sama.
10.Golongan anti-reformasi yang dilanda sindrom penafian ini menyedari bahawa usaha mereformasikan UMNO sebenarnya akan membawa kepada pembubaran parti itu sendiri.
11.Usaha mnyelamatkan parti perlu digerakkan segera sebelum retak dalam UMNO menjadi belah.
12.Peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib disegerakan walaupun Pak Lah kelihatan enggan.
13.Akhirnya Pak Lah terpaksa akur kepada arus yang dominan dalam UMNO.
14.Usaha menyelamatkan UMNO daripada dirinya sendiri terbantut pada Mac 2009.
15.Pada Mac 2009 bermulalah usaha mengaktifkan semula strategi lama UMNO: memerintah dengan angkuh.
16.Ciri utama strategi lama:
    (a) Semua jentera negara dijadikan jentera Kerajaan,
         semua jentera Kerajaan dijadikan jentera Parti.
    (b) Kerajaan negeri yang ditadbir Pembangkang
         ditekan seadanya, menggunakan segala
         mega-jentera yang kini dimilikinya.
    (c) Penggunaan media perdana sebagai mesin propaganda:
         membina imej palsu yang positif bagi dirinya dan
         memusnahkan imej pembangkang.
    (d) Menggerakkan program sabotaj terhadap parti-perti
         pembangkang.
17.Tujuan strategi ini ialah mengembalikan Malaysia ke statusnya sbelum 2008:  sistem satu parti.
18.Dengan strategi inilah BN dan UMNO berharap akan dapat meraih semula sokongan rakyat.
19.Tidak mustahil ini akan berlaku jika rakyat kian diselubungi dengan ketakutan dan keresahan.
20.Ia tidak mustahil jika rakyat tidak diberi pilihan setelah pembangkang dinyahkan dari landskap politik negara.

No comments: