Isu penggunaan kalimah 'Allah' oleh penganut agama Kristian mengancam 1Malaysia.
Penting sekali sesuatu tindakan dilbuat dengan pengetahuan yang jitu. Emosi dan sentimen mudah sekali mengambil alih tempat yang dikosongkan pemikiran yang rasional. Natijahnya kecelaruan yang boleh menggugat keharmonian yang begitu sukar dibina.
1. Persoalannya adakah patut penganut agama Kristian menggunakan kalimah 'Allah'?
2. Penting di sini ditekankan agama Kristian, kerana isu itu timbul begitu: penganut agama Hindu atau Buddha tidak pernah menuntut untuk menggunakan kalimah 'Allah'.
3. Agama Kristian merupakan salah satu agama 'langit' (samawi) seperti juga agama Yahudi dan Islam.
4. Orang Islam menganggap dua agama itu terpesong daripada ajaran nabi yang sebenar, iaitu Nabi Isa (Kristian) dan dan Nabi Ibrahim dan Musa (Yahudi).
5. Nabi Ibrahim, Musa dan Isa masing-masing mengajak manusia menyembah Allah, dan tidak mempersekutukan-Nya.
6. Kitab Al-Quran, yang diturunkan kepada umat Islam melalui Rasul mereka Nabi Muhammad, menyebut bahawa masing-masing nabi yang disebutkan di atas beragama Islam
7. Mereka menyembah Allah yang Satu dan tidak pernah mempersekutukannya dengan 'tuhan-tuhan' yang lain.
8. Nama 'Yahudi' dan 'Kristian', yang merujuk kepada penganut agama-agama itu, datang kemudian setelah nabi-nabi itu sudah tiada.
9. Tuhan yang Satu itulah Allah. Oleh itu, logiknya, sesiapa yang menyembah Tuhan yang Satu itu mestilah menyembah tidak lain daripada Allah.
10.Perbuatan mempersekutukan Allah dengan yang lain itu dianggap satu dosa besar yang tidak terampunkan dalam Islam.
11.Perbuatan mempersekutukan mungkin dalam bentuk mennganggap ada tuhan lain selain Allah yang Satu, atau memberi Allah sifat-sifat yang serupa dengan sifat makhluk (kejadian Allah), atau tidak memberi pengiktirafan selayaknya kepada Allah, seperti menuduh Allah terlupa dalam sesuatu perkara sehingga hukum yang telah ditetapkan-Nya itu dianggap tidak sesuai untuk tempat atau masa tertentu.
12.Perbuatan Syirik (mempersekutukan Allah) itu mungkin dilakukan oleh orang Islam sendiri.
13.Berbalik pada isu kalimah 'Allah', orang Kristian di negara Arab, seperti Lubnan, telah menggunakan nama Allah untuk sekian lama.
14.Memang ada titik persamaan antara Kristian dan Islam.
15.Mungkinkah orang Islam di Malaysia akan mudah terkeliru apabila orang Kristian menggunakan nama Allah?
16.Jelas di sini pengetahuan yang jitu amat kritikal untuk menentukan pemesongan tidak berlaku pada masa keadilan ditegakkan.
17.Pendeknya keadilan hanya dapat ditegakkan jika pihak yang terlibat faham dengan jelas dan jitu tentang isu yang berbangkit.
18.Keadilan tidak dapat ditegakkan melalui tindakan Mahkamah semata-mata.
19.Isu ini juga tidak harus digunakan untuk kepentingan politik mana-mana pihak.
20.Bagaimanapun, ahli politik bertanggung-jawab membuka saluran yang seluas-luasnya agar isu ini dapat dihuraikan tanpa menzalimi mana-mana pihak.
21.Perbuatan merosakkan tempat ibadah tidak patut wujud dalam masyarakat berpengetahuan (tidak wajar dalam 1Malaysia), patut diberi perhatian sewajarnya oleh pihak berwajib, dan pelaku didakwa serta dihukum seberat-beratnya.
22.Setakat ini apa yang dilakukan pemimpin negara tidak dapat dibanggakan.
23.Mengatakan 'keadaan terkawal' dan 'tidak membimbangkan' sekaligus menganggap ringan insiden itu - tetapi menyekat perbahasan rasional yang meluas - membuntukan keadaan dan mendorong masyarakat yang berfikir terfikirkan kemungkinan wujud motif lain di sebalik isu ini.
Pautan Berkaitan: http://www.islamicity.com/m/news_frame.asp?Frame=1&referenceID=49162
1 comment:
Ramai benor yg nak melindungi kalimah Allah, maka apakah mereka tak membaca dengan sebenar-benarnya maksud bacaan di bawah?
‘A’uzubillahiminasyaitanirrajim’ @ ‘aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam’.
Maka apakah mereka tersalah baca dengan bacaan seperti berikut:
‘Aku pelindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam’????
Banyak sekali puji-pujian yang kita terima sepanjang hidup kita hinggakan tak terkira banyaknya. Maka apakah sesuai untuk dikatakan ’segala puji bagi kita’ dan bukan lagi ’segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam’ @ Alhamdulillahirabbilalamin’?
Post a Comment