Friday, February 12, 2010

'Kenapa Gaji Polis Dinaikkan?' Teka-Teki Terjawab


Kenaikan gaji anggota PDRM merupakan satu pengecualian yang ketara dalam strategi 'jimat cermat' kerajaan Najib.  Pada masa sektor lain, termasuk yang penting kepada rakyat seperti pendidikan, menghadapi pemotongan dalam peruntukan dana, apakah yang mendorong kerajaan menaikkan gaji Polis?  Jawapan kepada soalan ini yang bermain di kepala rakyat, bagaikan satu teka-teki, kini terjawab.
1.  Sesunnguhnya ada pola yang jelas di sebalik tindak-tanduk Najib.  'There is a (definite) method in his madness' meminjam ungkapan Dr Watson tentang Sherlock Holmes. 
Namun Najib bukan Sherlock, tetapi seorang ahli politik yang mudah sekali dibaca pemikirannya.
2.  Saban hari akhbar mengiklankan kebaikan petrol RON95 sebelum harga petrol dinaikkan pada 1 September 2009.
3.  Saban hari juga akhbar memberi amaran tentang bahaya gula kepada kesihatan sebelum harga gula dinaikkan pada 1 Januari 2010.
4.Kini akhbar perdana mencanangkan 'keperimanusiaan', pentadbiran Najib yag akan mengecualikan produk dan perkhidmatan asas daripada GST pada hal pokoknya GST itu zalim.
5.  Strategi Najib dalam melaksanakan sesuatu perubahan, atau menghadapi sesuatu keadaan/kemungkinan, ialah bersedia awal dengan langkah-langkah 'pre-emptive' seperti 'conditioning the minds'.  Selagi boleh.
6.  Kenaikan gaji Polis boleh dilihat dalam konteks menyediakan suasana negara menghadapi seuatu kemungkinan.
7.  Minggu ini Mahkamah Persekutuan memutuskan, dengan sebulat suara (5-0), Dato Seri Dr Zambry adalah MB Perak yang sah.
8.  Kerajaan Najib menelah bahawa keputusan itu sukar diterima rakyat Perak. 
9.  Pernyataan PM, TPM, Nenteri Propaganda (Rais) semua mengarahkan kepada kekacauan yang mungkin berlaku yang akan memerlukan tindakan keras Polis.
10.Najib memberi amaran 'Semua pihak hendaklah menghindari daripada perbuatan yang boleh dianggap sebagai menghina Mahkamah, seperti berdemosntrasi ... termasuk di bawah pokok.' 
11.  Jelasnya PM sendiri tidak begitu yakin dengan keputusan Mahkamah, walaupun itulah hasratnya:  5-0 untuk menunjukkan bahawa keputusan itu bagaikan hitam-putih, jelas sekali - hatta kepada murid Tadika.
12.  Yang menjadi persoalan mengapakah Mahkamah mengambil masa berbulan-bulan untuk sampai kepada keputusan yang begitu 'tuntas'. 
13.  Itulah yang difikir-fikirkan benak rakyat; mereka boleh sahaja menerima dengan baik jika keptusannya 3-2, atau setidak-tidaknya 4-1.
14.  Rakyat mahu sahaja menzahirkan kerisauan mereka, melalui demonstrasi, atau seumpamanya.
15.  Itulah scenario yang Najib telah bersedia untuknya:  Polis boleh dikerah dengan mudah sekali setelah mereka mendapat habuan yang lumayan.
16.  Namun itu tidak berlaku, syabas kepada Dato Nizar yang berjaya memimpin semangat rakyat negeri Perak.
17. Walaupun dilucutan jawatan oleh Mahkamah, jelas sekali dari segi ruhnya, Nizar-lah pemimpin rakyat Perak yang sebenar lantaran denyutan nadinya yang sealiran dengan denyutan nadi majoriti rakyat negeri itu.
18. Nizar-lah yang berjaya mematahkan strategi 'pre-emptive' Najib dengan langkah pre-emptive-nya sendiri, sekaligus tidak memberi peluang kepada Najib menggunakan Polis untuk memburukkan lagi keadaan.
19. Setelah itu barulah kita dengar 'jual-mahal' Muhyiddin, dan kemudian Zambry, terhadap tawaran PR untuk bekerjasama.
20. Apa yang membimbangkan kita ialah trend menggunakan kuasa Polis untuk menyokong, atau menguatkuasakan, keputusan badan Kehakiman negara.
21. Dengan banyak kes yang sedang didengar di Mahkamah, tindakan membeli kesetiaan Polis cukup membimbangkan.
22.  Secara perluasan, Polis mungkin digunakan untuk merealisasikan impian cabang eksekutif.
23.  Kabinet Najib pun dibentuk dengan portfolio Menteri Dalam Negeri (bertanggungjawab atas keselamatan dalam negeri dan Polis) diberikan kepada sepupunya Dato Hishamuddin Hussein.
24. Mesej yang boleh dibaca:  BN mesti menang dengan apa jalan sekali pun.
25.  Itulah yang cukup membimbangkan.

No comments: