Saturday, February 27, 2010

Sarawak & PRU13


Penjelajahan PM ke Sarawak merupakan satu penunjuk yang signifikans terhadap PRU13.  Sarawak dan Sabah amat penting bagi BN setelah kemerosotan sokongan rakyat di Semenanjung terhadap parti itu dalam PRU12 dan PRK selepas itu.  Dalam PRU12 BN memenangi 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24 daripada 25 kerusi di Sabah.  Ini bermakna 54 daripada 140 (atau 39%) kerusi BN di Parlimen datang dari Sarawak dan Sabah.  Daripada 9 PRK sejak PRU12, BN menang hanya 2. satu daripadanya di Batang Ai. Sarawak.

1.  Malaysia Timur (MT) merupakan talian hayat yang kritikal bagi BN.
2.  Jika BN kalah di MT, maka ia akan kalah.
3.  Oleh itu. BN tidak mampu untuk mengabaikan MT, malah MT wajib 'dipupuk' untuk memastikan sokongan yang berterusan.
4.  MT tidak terkesan oleh Tsunami Politik 2008.
5.  Pengundi di sana sangat berbeza daripada di Semenanjung.
6.  Isu-isu yang menggamit keprihatinan mereka berbeza.
7.  Penduduk di sana lebih prihatin tentang aspek asas kehidupan, seperti makanan, pengangkutan, kesihatan, dan pendidikan.
8.  Di Sarawak dan Sabah juga cengkaman BN terhadap urusan negeri masing-masing amat teguh.
9.  Kerajaan negeri dipegang dengan cukup kuat oleh BN.
10.Ketua Menteri mempunyai pengaruh yang besar di negeri masing-masing.
11.Akses kepada internet di MT juga kurang daripada di Smenanjung.
12.MT terpisah secara fizikal daripada Semenanjung oleh lautan China Selatan dan dengan Imigresen sendiri; keluar masuk ahli politik dapat dipantau dengan teliti.
13.Lawatan PM ke Sarawak minggu lepas bertujuan memadukan sokongan di Sarawak.
14.PM menggunakan lawatan itu untuk mengumumkan peruntukan dana lebih RM2 bilion bagi infrastruktur di Sarawak.
15.Walaupun dana itu telah dimasukkan dalam Bajet 2010, tarikh pengumanannya yang hampir dengan Pilihan Raya Negeri (selewat-lewatnya pertengahan 2011) menunjukkan pengumuman itu mempunyai unsur politik.  Meminjam ungkapannya sendiri (terhadap tuntutan Cuepacs sebelum ini) 'Pengumunan itu salah dari segi moral.'
16.Minggu depan PM akan ke Sarawak lagi.
17.Gelanggang politik di MT nampaknya sudah menjadi monopoli BN.
18.Pemimpin PR belum dapat ke sana dengan Anwar disibukkan oleh kesnya di Mahkamah.
19.Berkempen di MT memang memerlukan modal yang besar, dan hanya BN mampu mengeluarkan modal sebegitu.
20.Tanda-tanda yang disebutkan menunjukkan tarikh PR di Sarawak sangat hampir.
21.BN nampaknya yakin menggondol hampir semua kerusi di sana.
22.BN juga mengharapkan dengan kemenangannya di MT akan mengubah nasibnya ('turning the tide of tsunami').
23.Keyakinan PM dengan kemenangannya di Sarawak akan memudahkannya mengumumkan tarikh PRU13 dalam masa yang lebih hampir.

No comments: