1. Media perdana di negara ini tidak bebas; sebaliknya media tunduk kepada agenda yang dipetakan oleh pemerintah.
2. Ungkapan 'Media negara menjadi sebahagian mesin propaganda kerajaan' seakan-akan sudah menjadi 'cliche', ungkapan tidak bermaya yang diluahkan pihak kehabisan modal untuk berhujah.
3. Malangnya itulah hakikatnya.
4. Propaganda pemerintah sangat licik permainannya.
5. Pemberita yang menghadiri sesi di mahkamah yang sama keluar dengan ragam cerita yang berbeza sekali.
6. Dalam beberapa hari yang lalu anda boleh membandingkan cerita yang dipaparkan di dada-dada akhbar.
7. Akhbar berbahasa Melayu paling meloyakan dari segi persembahan; Utusan Malaysia berada di tampuk pertama.
8. Akhbar itu seakan-akan telah membuat keputusan siapa bersalah walaupun perbicaraan baru sahaja dimulakan.
9. Persembahan tajuk, jalan cerita yang senasi dan grafik yang menonjol tidak dapat melindungi niat jahat pengarang.
10. Akhbar berbahasa Inggeris pula lebih siuman (objektif dan rasional) dalam persembahan berita dan ulasan, pada hal ia juga dimiliki syarakat kerajaan.
11. Ini menunjukkan mesin propadagan pemerintah menggunakan media untuk agenda tertentu.
12. Tujahan perbicaraan yang sedang berjalan disasarkan kepada orang Melayu, terutama di luar bandar.
13. Kaum lain, dan orang Melayu peringkat menengah atau atas serta di bandar, mempunyai cara lain untuk mendapat berita dengan lebih objektif.
14. Malangnya, orang Melayu di luar bandar masih setia dengan Utusan walaupun mereka kerap sekali dikhianati; mereka sebenarnya tiada pilihan.
15. Utusan memandang rendah mentaliti orang Melayu sehingga tergamak memberangsang mereka untuk melihat sesuatu situasi daripada sudut yang mereka mahu.
16. Kerap sangat tajuk berita dijana untuk mewujudkan reaksi tertentu di kalangan pembaca.
17. Ini dapat dilihat melalui perbandingan tajuk-tajuk utama akhbar di gerai akhbar.
18. Sering berita yang penting di sembunyikan di perut akhbar manakala yang remeh tetapi sesuai dengan agenda mesin propaganda dijadikan tajuk utama.
19. Terdapat berita yang sebenarnya 'bukan berita', hanya telahan pihak tertentu, atau isu yang tidak mempunyai signifikans pada hari berkenaan, tetapi dijadikan tajuk berita utama.
20. Akhbar Utusan bukan sahaja mengkhianati orang Melayu, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, kerana ia kerap sekali ia melaga-lagakan bangsa Melayu dengan bangsa lain, di samping melagakan satu pihak dalam rimpun Melayu dengan yang lain.
21. Malah Utusan sering melagakan Malaysia dengan negara jirannya, pada hal pandangannya bukan pandangan rasmi kerajaan atau kebanyakan rakyat Malaysia.
22. 'Media perlu lebih objektif' satu lagi 'trite' tetapi, sungguh, ia perlu objektif!
23. Media perlu mendidik masyarakat.
24. Malangnya, sejak 1998, media perdana, terutama dalam BM, 'mendidik' masyarakat menjadi biadap.
25. Kemungkinan jenayah seks yang berleluasa, yang keanihannya tidak terfikirkan sebelum ini, menjadi kebiasaan disebabkan kebiadapan media negara.
26. Orang Islam boleh menjadi fasik (pelaku kesalahan, atau maksiat) dengan hanya membaca atau menonton media perdana, kerana mereka mudah terjangkit dengan ungkapan kurang ajar yang digunakan media itu, atau percaya dengan tuduhan liar tanpa bukti seperti yang ditetapkan oleh Islam.
27. Maksud Ayat 6 Surah Al-Hujurat:
Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara Yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
28. Media perdana, terutama berbahasa Melayu, khususnya Utusan Malaysia, jelas media yang fasik, dan perlu dijauhi!
No comments:
Post a Comment