1. Muhyiddin mengancam menutup mulut pemimpin Pakatan - yang mengingatkan BN tentang pergolakan di Timur Tengah - dengan tindakan keselamatan.
2. Mubarak sangat terkenal dengan apparatus keselematan yang amat cekap, disokong kuat pula oleh Israel, sehingga ramai pemerhati terkejut apabila dia akhirnya tersungkur juga.
3. Tetapi Muhyiddin tidak yang goblok akan belajar daripada episod 18-hari itu, malah cuba mengulanginya - melalui penafiannya.
4. Dia kata haram membandingkan Malaysa dengan Mesir sebab di Malaysia ada demokrasi.
5. Di Mesir juga ada demokrasi walaupun Hosni Mubarak sentiasa mendapat 99.9% undi. Di Malaysia pun BN kerap mendapat lebih 70% kerusi parlimen. Pengundi hantu berkeliaran malah diinstitusikan. SPR berat sebelah, mengikut telunjuk parti pemerintah. Dalam keadaan itu rakyat juga akan marah. Kemarahan rakyat sedang dipendam dan menunggu masa untuk meledak. Muhyiddin yang bongok tidak faham ini.
6. Peringatan bahawa pergolakan Timur Tengah mungkin menjangkiti Malaysia dianggap satu hasutan, provokasi - padahal peringatan itu baik untuk BN. Ingatlah sebelum terlambat. Jangan takut dengan bayang-bayang sendiri. Mengancam untuk menangkap rakyat yang bersuara akan menghantar BN melalui jalan sehala ke arah kehancuran.
7. Di PRK Kerdau, Muhyiddin menjadi jurubicara rakyat apabila mengatakan rakyat Kerdau sudah 'menyampah; dengan Anwar sehingga mengepung dan membaling batu ke keretanya. Pernyataan seorang TPM yang menyebelahi kegiatan samseng itu amat berbahaya. Apa gunanya peraturan dan undang-undang jika TPM sendiri tidak menghormatinya apalagi mempertahankannya. Itu semua Muhyiddin yang bahlul tidak mengerti.
8. Dengan telatahnya Muhyiddin makin jauh daripada bakal menggantikan Najib sebagai PM; kedudukannya sebagai TPM pun hanya mengira hari. Sungguh murah dirinya sanggup meluahkan apa saja demi dipergunakan bosnya, Najib. Muhyiddin sitolol ikut saja.
9. Muhyiddin memang tidak terkenal sebagai pemimpin yang bijak. Warga Johor ditinggalkannya dengan projek gajah putih yang menelan berjuta ringgit tetapi kini hanya menyakitkan mata yang melihat.orang ramai. Inilah projek yang menunjukkan betapa 'bijaknya' Muhyiddin sewaktu menjadi MB Johor!
10. Muhyiddin yang tongong tidak peduli itu semua.
No comments:
Post a Comment