Monday, March 21, 2011

Negara diperintah Samseng


Beberapa hari lepas saya dikejutkan oleh keluhan seorang drebar teksi, yang saya naiki, bahawa Malaysia sedang diperintah oleh gangster.  Satu demi satu contoh dibawanya untuk membuktikan dakwaannya itu.  Saya hanya mengiyakan saja.

Tiba di rumah ayat-ayat yang diluahkan drebar itu bermain-main di kepala.  Saya baru pula terbaca demonstrasi meminta Anwar Ibrahim menyerahkan DNA-nya.  Boleh pulak berdemo, bisik hati saya.  Yang saya ingat vigil lilin beberapa bulan lepas pun disuraikan dengan kekerasan.

Hari ini pula, dikhabarkan ada orang bergelar 'Dato' menayang video lucah di sebuah bilik hotel.  Pemberita dari media diiring seorang demi seorang menontonnya.  Polis nampaknya membenarkan tayangan video lucah berjalan, walaupun komunikasi canggih kini bermakna maklumat telah sampai kepada mereka.  Pada sebelah petang pula, Hishamuddin, menteri yang mengawal polis, pula nerkata polis tidak boleh buat apa-apa jika tiada orang yang membuat laporan teraniaya.  Tayangan dibuat pada siang hari, di hotel terkemuka di tengah-tengah ibu kota, ditonton pula oleh wartawan dari media terkemuka, sedangkan polis buat tak tahu.

Betullah kata drebar hari kelmarin tu.  Negara ditadbir oleh gangster.

No comments: