1. Sejak 7 Mei 2011 apabila Utusan menerbit berita kononnya wujud konspirasi menjadikan Kristian agama rasmi negara, satu trend yang membimbangkan sedang terjana.
2. Polis, yang biasanya lebih tahu daripada wartawan, mengambil pendirian seakan-akan ia langsung berada dalam kegelapan berhadapan dengan berita itu.
3. Utusan pula membuat laporan berdasarkan 'laporan' seorang blogger yang sejak itu telah memadamkan coretannya.
4. Kini sudah lebih seminggu dan Polis masih menyiasat berita itu.
5. Setelah berjumpa dengan pihak Gereja pada hari Khamis 12 Mei 2011, Perdana Menteri Najib menegaskan paderi Kristian tidak ada niat menukar status Islam sebagai 'agama rasmi' negara. [Pertma, rasminya dalam Perlembagaan, Islam 'Agama Persekutuan'; dalam masa kita memerlukan kejituan, nampaknya PM tidak begitu teliti. Kedua, menjadi trend PM mengadakan perjumpaan terus dengan pemimpin agama apabila timbul krisis; sebelum ini berkenaan 'Al-Kitab'. Apa yang sebenarnya dibincangkan tidak menjadi maklumat awam.]
6. Buat aseketika, seakan-akan keadaan mula reda. Tetapi hakikatnya tidak begitu.
7. Keesokan harinya, Menteri Dalam Negeri, yang bertanggungjawab terhadap Polis, Hishamuddin Hussein berkata ada asas dalam laporan Utusan, walaupun ia hanya menyebut sebagai bukti ada laporan Polis yang mempunyai jalan cerita yang sama.
8. Berikutnya, Perkasa dengan pemandunya, Ibrahim Ali, pula menambah lagi ketegangan apabila dia berkata sanggup melancarkan 'pearng salib' terhadap penganut agam Kristian. ['Perang Salib' membawa konotasi yang membakar dan mengguris perasaan orang Islam dan Kristian. Presiden Bush terpaksa menarik balik ungkapan itu menjelang serangannya terhadap Afghanistan pada tahun 2011.]
9. Sekali lagi sikap KDN dan Polis amat mencurigakan. Polis diam seribu bahasa sedangkan jika luahan itu dibuat oleh penganut Kristian atau pembangkang, kemungkinan besar ISA akan digunakan.
10. Hisham sekadar berkata 'Ibrahim tidak mewakili semua orang Islam.' Pernyataan itu sesuai dikeluarkan oleh Mufti atau NGO Islam, tetapi itu bukan pernyataan yang bertanggungjawab daripada Menteri KDN.
11. Rakyat Islam berada dalam satu macam kecelaruan.
12. Rakyat bukan Islam pula berada dalam ketakutan.
13. Ruh 13 Mei masih menghantui Malaysia.