Monday, May 23, 2011

Obama, Osama, dan Bibi


Telah lebih dua minggu Osama mati dibunuh tentera AS.  Dalam serangan ke atas kediaman Osama di Abbottabad, Pakistan, AS turut merampas CPU komputer dan berpuluh-puluh  'thumb drives' yang dijangka mengandungi banyak maklumat yang berharga.  (Osama dikatakan sentiasa menyimpan rekod terperinci segala aktivitinya.)  Tentunya agensi perisikan AS giat membongkar khazanah info dari harta rampasan tersebut.  Kini AS tentu boleh merancang strategi baru yang berkesan dalam peperangannya menentang Al-Qaeda.  Juga, tentunya sumber baru itu menyimbahkan cahaya yang  terang benderang ke atas serangan 911 yang Al-Qaeda lakukan. (Fakta 911 memang kelihatan kabur, menimbulkan banyak persoalan.  Serangan ke atas Afghanistan uang menyusul 911 mempunyai kesan memadamkan kebanyakan bahan bukti.)
Hakikatnya ...


1.  Tidak ada maklumat baru yang didedahkan Osama tentang serangan 911 dan perancangannya dari khazanah yang dirampas.

2.  Satu perayaan yang diadakan di 'Ground Zero' untuk meraikan kemenangan AS ke atas Al-Qaeda telah diadakan, dan patutnya Osama akan mengambil peluang untuk menunjukkan bagaimana Al-Qaeda merancang serangan ke atas WTC.  Itu tidak berlaku.

3.  Sebaliknya, tidak ada maklumat baru yang diumumkan.  Mantan presiden George Bush pun menolak undangan Obama untuk upacara keraian di Ground Zero.  Bush kata dia tidak teruja dengan kejayaan membunuh Osama kerana tindakan itu' bukan diasaskan pada dendam kesumat, tetapi menegakkan keadilan.  Kita kenali Bush terlalu rapat untuk mempercayai dalihgnya itu.

4.  Kini Obama melancarkan strategi baru Timur Tengah dengan mendesak Israel undur ke sempadan 1967, suatu yang tidak berani dilakukan mana-mana presiden sebelumnya.  (Malah selepas 911 Bush menurut apa saja yang dikehendaki Israel, sehingga melabelkan Hamas sebagai pertubuhan keganasan.)

5.  Alasan yang dinyatakan Osma untuk inisiatif barunya ialah pergolakan yang melanda Timur Tengah dengan kejatuhan kerajaan Mubarak dan Ben-Ali, serta polisi jangka panjang AS sendiri.  (Jika polisi AS menghendaki Israel berundur ke sempadan 1967 mengapahnaya sekarang ia diumumkan  di hadapan masyarakat antarabngsa?)

6. Tentu ada sesuatu yang perlu dibaca di sebalik laporan-laporan berita dan analisis.

7.  Jika dikumpulkan serpihan-serpihan  'jugsaw puzzle' terbentuklah satu gambaran seakan ada kaitan antara pembunuhan Osama, maklumat baru yang diperolehi, pembohongan Bush, dan pembabitan Israel dalam 911.

8.  Itu sebabnya Bush enggan menyertai perayaan di Ground Zero.

9.  Itu sebabnya Netanyahu terpaksa akur kepada inisiatif Obama, atau sekurang-kurangnya tidak membariskan penyokongnya di kalangan Yahudi Amerika untuk menentang Obama.

10.  Ada asas bagi teori konspirasi 911.  Asas itu tidak cukup untuk menidakkan pembabitan Al-Qaeda.  Order baru dunia telah hampir siap dilaksanakan lantaran premis Al-Qaeda melakukan serangan 911.
Status quo itu perlu dipelihara seperti juga realiti-realiti lain yang berjaya dicipta dan dikekalkan natijah masing-masing.  Setidaknya untuk menjmin kestabilan sejagat.

11.  Bagaimanapun, perkembangan baru boleh dijanakan Obama berdasarkan maklumat baru yang duperolehi dari harta rampasan di Abbottabad, dan kita akan menyaksikannya.

No comments: