Wednesday, May 11, 2011

Harga gula naik lagi



1. Hari ini harga gula naik 20 sen menjadi RM2.30 di semananjung Malaysia.

2. Kenaikan harga gula kali ini adalah yang keempat selepas kerajaan berbuat demikian sebanyak tiga kali pada tahun lalu iaitu pada Januari (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen).

3. Kenaikan harga gula juga berlaku seminggu setelah harga petrol RON97 naik 20 sen manjadi RM2.90.

4. Akhbar arus perdana melaporkan kenaikan harga tersebut di halaman dalam, bukan sebagai tajuk utama.

5. Bagaimanapun respons rakyat terhadap kenaikan harga gula tidak kedengaran.

6. Apakah makna ini semua?

7. Sejak Najib menjadi PM kenaikan harga sudah menjadi trend.

8. Harga RM2.90 untuk petrol merupakan termahal dalam sejarah.

9. Apabila petrol naik menjadi RM2.70, ramai yang menjangka ia akan tetap di situ sebab itu adalah harga termahal sebelum ini, iaatu semasa Tun Abdullah Badawi menjadi PM tetapi terpaksa menurunkan semula atas desakan rayat. Sementara Pak Lah menaikkan dengan mendadak, Najib menaikkan secara berperingkat.

10. Di bawah Najib, tidak nampak kesudahan kepada kenaikan harga minyak dan gula. Implikasinya barang-barang lain juga akan turut naik harga.

11. Kesunyian yang membingitkan telinga bukan bermakna rakyat gembira dengan kenaikan harga, tetapi mereka sudah kebal dengan trend yang yang cukup menekan.

12. Adakah mereka akan menunggu PRU13 untuk bersuara?

No comments: