Thursday, March 4, 2010

Masalah Dalaman PKR, Najib, & PRU13


Satu demi satu ADUN dan AP PKR keluar, sama ada menyertai UMNO/BN atau sebagai ADUN/AP bebas.  Bermula dengan ADUN Perak setahun dulu, kini masalah itu kelihatan merebak ke Pulau Pinang dan Perak (semula; sebenarnya Bagan Serai lebih serasi dengan Pulau Pinang daripada Perak.)
1.  PKR satu parti baru yang masih terumbang ambing dari segi ideologinya; penyantumannya dengan PRM dibuat untuk memantapkan lagi ideologinya.
2.  Tanpa ideologi yang mantap agak sukar sesebuah parti politik bertahan; Semangat 46 tidak boleh bertahan lama.
3.  UMNO, MCA dan MIC  dapat bertahan atas semangat Melayu, Cina dan India.  Walaupun masing-masing telah hidup sekian lama, MCA dan MIC masih terkesan masalah dalaman yang serius, iaitu apabila pimpinan parti itu menyimpang daripada matlamat membela kaum masing-masing.
4.  UMNO tidak terkecuali.  BAgaimanapun sebagai parti memerintah ia memiliki sumber yang begitu kaya untuk mendisiplinkan anggotanya.
5.  Malah dengan sumber negara yang dimonopoli UMNO, ia dapat mengancam pihak lain.
6.  Sejak menjadi PM, Najib menjadikan agenda utamanya melemahkan, dan jika boleh memusnahkan, pembangkang.
7.  Walaupun PKR lemah, tetapi PKR-lah yang menjadikan pembangkang kuat; tanpa PKR, parti PAS dan DAP sukar untuk duduk semeja.
8.  Untuk melemahkan pembangkang, Najib menumpukan perhatian kepada PKR.
9.  Sebahagian cita-cita Najib telah berhasil apabila jumlah kerusi PR di Perak turun tahun lepas sehingga Perak kembali ke pangkuan BN/UMNO.
10. Usaha untuk mengulanginya di Selangor, dan jika boleh di Pulau Pinang, sedang disaksikan.
11. Najib juga ingin membalas dendam terhadap inisiatif 16 September Anwar (yang gagal).  [Inisiatif itu, dilrenung kembali, kelihatan bagaikan menjolok sarang tebuan.  Tambahan pula, kerja merancang lompat parti ini memang sudah menjadi kelebihan UMNO.]
12.  Kini petarungan tidak dihadkan kepada DUN; Ahli Parlimen juga dipujuk rayu, atau diugut, dengan pelbagai daya kreatif dan inovatif, untuk keluar dari PKR.
13.  Kebanyakan yang keluar mempunyai 'masalah masing-masing'; mereka diperangkap oleh ketidaksediaan masing-masing memegang jawatan awam.  [Boleh dilihat juga sebagai pembersihan PKR daripada anasir yang tidak serasi.]
14.  Kesannya PKR mungkin tidak akan jadi parti yang terkuat dikalangan pembangkang; jika demikian Anwar mungkin tidak akan lagi menjadi pemimpin pembangkang.  Jika pimpinan pembangkang beralih tangan, lebih mudahlah untuk pembangkang dipinggirkan oleh pengundi.
15. PKR masih parti yang berkisar disekitar seorang peribadi, iaitu Anwar.  Tidak ada salahnya, tetapi parti itu sangat memerlukan masa untuk matang - sematang PAS dan DAP.
16.  Pada PRU12 lalu, PKR menerima sahaja sesiapa yang sanggup bertanding; hasilnya cukup menghairankan dan cukup tidak menghairankan.
17.  Cukup menghairankan - sebab ia masih boleh menang walaupun yang bertanding itu seorang posmen.
18.  Cukup tidak menghairankan - apa yang terjadi sekarang, disebabkan kewibawaan AP/ADUN yang tidak teruji.
19.  Kemungkinan BN akan perolehi majoriti 2/3 di Parlimen tanpa PRU baru pun.
20.  Jika keadaan menjurus ke arah itu, maka tidak ada sebabnya Najib akan mempercepatkan tarikh PRU13.
21.  Jika PKR masih mampu bertahan sehingga PRU13 di bawah pimpinan Anwar, maka kita akan lihat calon yang lebih berwibawa diketengahkan dan fenomena keluar parti tidak akan berlaku.
22.  Bahkan kerajaan persekutuan di bawah PR adalah satu kemungkinan yang besar.
23.  Pendeknya PR dan PKR akan menjadi lehih kuat jika PRU13 dicepatkan.
24.  Najib sangat arif dengan perkara ini dan dia tidak akan merelakannya berlaku - selagi dia mampu merancang dan elaksanakan segala perancangannya.

No comments: