1. Neocolonialism sedang kita saksikan: negara 'lemah' sedang dijajah semula negara yang 'kuat'.
2. Negara kita termasuk dalam golongan negara yang lemah.
3. Lemah - sebab pemimpin kita tidak mampu mempertahankannya - mudah mengalah apabila digertak atau menghadapi cabaran, tidak sensitif terhadap ancaman asing, atau mendedahkan mereka (sekaligus negara) kepada kerakusan kuasa asing, secara sedar atau tanpa disedari.
4. Walaupun tidak ada tentera asing yang bertapak di Malaysia, namun Malaysia sedang dijajah, secara bertahap-tahap.
5. Malang sekali, kuasa asing itu dijemput - tanpa segan silu atau rasa berdosa - untuk meperkosakan bumi Malaysia.
6. Ya, kita sedang dijajah. Betapa tidak. Bangsa kita -bangsa Malaysia - tidak lagi terdaya menenentukan hala tuju negara.
7. Lihat saja di Johor. Yang mengarahkan hala tuju separuh Johor ialah penjajah 'Wilayah Iskandar'.
8. Selama ini keperluan rakyat asal Johor langsung tidak dipedulikan, tiba-tiba mereka terpaksa menangung kesengsaraan sedang pihak 'berkuasa' (yang merelakan diri mereka menjadi boneka) menyediakan prasarana dan keselesaan untuk penjajah baru.
9. Penjajah yang disambut sebagai 'pelabur' itulah yang mengarahkan hala tuju rantau ini.
10.PM Najib sendiri menyambut penjajah baru dengan permaidani merah apabila dia merasmikan tapak kilang Coca-Cola di Nilai, Negeri Seremban baru-bari ini.
12.Atas nama menarik pelaburan asing dan mengembangkan ekonomi, tindakan itu diterima, tanpa banyak soal, oleh rakyat Malaysia.
13.Coca-Cola sebuah syarikat gergasi yang secara jelas menyokong - malah membantu - Israel dalam dasar kejam negara haram itu terhadap rakyat asal Palestin.
14.Tindakan Najib itu sekaligus mengkompromikan keupayaan Malaysia untuk menentukan dasar luarnya secara bebas.
15.Sekaligus, tindakan Najib itu meminggirkan - hatta mengkhianati - aspirasi rakyat Palestin yang semakin tertindas dan sering mengidamkan pembelaan insan yang masih memiliki maruah diri.
16.Itu dua contoh yang ketara kerajaan membiarkan negara dijajah semula.
17.Di sebalik Wilayah Iskandar itulah kuasa baru Singapura. Di sebalik Coca-Cola itulah Israel.
No comments:
Post a Comment