Thursday, November 18, 2010

Bebalnya Najib dan Rais ...


Laporan yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia tentang ungkapan Anwar yang didakwa menghina Malaysia:


...  Perdana Menteri mengulas dakwaan Ketua Pembangkang itu bahawa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Kata-kata keji itu dikeluarkan Anwar semata-mata untuk menjayakan usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia, Julia Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional atas alasan mengamal rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia kelmarin dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.

"Mereka (kerajaan Gillard) tidak boleh hanya pergi ke Malaysia dan berkata, 'ini adalah negara Islam moden yang bagus'. Saya menganggap ia sebagai penghinaan," katanya seperti dipetik daripada laman berita The Australian hari ini.

Penghinaan yang disifatkan oleh Anwar itu dipercayai merujuk kepada pengiktirafan Gillard terhadap kemajuan negara semasa melakukan sesi lawatan rasmi ke Kuala Lumpur baru-baru ini dalam usahanya untuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia.

ANALISIS

Saya telah 'potong dan tampal' laporan UM dari laman webnya sendiri.  Pragraf yang dihitamkan itulah yang dijadikan asas untuk melemparkan tuduhan melulu terhadap Anwar.  Pengamatan saya:

1.  Anwar tidak berkata bahawa 'pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara Islam moden' itu satu penghinaan.

2.  Tafsiran yang boleh dibuat oleh akal yang waras, hatta yang berpendidikan setakat SPM pun ialah seperti berikut:

                 'Semata-mata disebabkan kamu (PM Australia Gillard) kata Malaysia sebuah negara Islam moden 
                  maka kamu tidak boleh mengkritiknya, itu satu penghinaan bagi Malaysia.'

3.  Paragraf lain dalam laporan UM di atas adalah tafsiran dan karangan editor semata-mata, dengan tujuan memburukkan Anwar.

4.  PM Najib, disebabkan kebebalannya atau sengaja atas gesaan penasihatnya, telah memutarbelitkan pernyataan Anwar itu untuk kempen politiknya, sekaligus menutup cerita sebenar tentang dakwaan rasuah dan penghakisan hak politik dan kemanusiaan di Malaysia.

5.  Malangnya akhbar UM terus suba membebalkan fikiran rakyat, dan menjadi alat kepada kebebalan pemimpin BN untuk mempertahankan kekebalannya.

6.  Rais, The Dinosaur, sebagai menteri penerangan, pula cuba mengampu penilaian bebal Najib terhadap pernyataan Anwar dengan membuat perumpamaan ikan haruan yang berenang di air keruh.  Hakikatnya Pemikiran Rais-lah memerlukan kepada pencerahan.  Rais merupakan tenaga BN yang sudah luput tarikhnya, etapi makin ghairah mempertahankan kedudukannya.   Rais patut diletakkan di Muzium Negara untuk mengenag jasanya kepada BN.

No comments: