Thursday, November 18, 2010

PRU13: Kempen BN bermula


Rata-rata media arus perdana negara membantai Anwar Ibrahim.  Berita Harian (BH) dan Utusan Malaysia (BH) mendahului dengan tajuk utama 'Suara Sumbang Anwar'.  Namun tajuk yang lebih tepat ialah 'Gearing  for Polls' seperti yang didedahka oleh The Star.
1.  Memang jelas banyak info utama yang disiarkan media perdana milik BN, atau media di bawah naungan pengaruh BN, bukan berita, tetapi propaganda.
2.  Satu cara untuk mengenalinya ialah dengan membandingkan tajuk utama semua akhbar.
3.  Pagi ini Rabu 18 November 2010, BH dan UM membawa tajuk yang serupa, seakan-akan dua akhbar itu berkongsi ketua editor yang sama.
4.  Anda mungkin berhujah balik, 'apa mustahilnya jika berita itu memang penting?'
5.  Ya, itulah masalahnya.  Berita luahan Anwar di Australia itu tidaklah penting.  Ini dibuktikan oleh The Star yang tidak langsung menyiarkannya.
6.  Menggunakan ungkapan lain, berita luahan Anwar itu sengaja dikorek, diputarbelitkan,  dan dibesarkan untuk memberi impak besar yang negatif kepada tokoh pembangkang itu.
7.  Berita ialah liputan tentang seuatu kejadian yang berlaku.  Berita utama merujuk kepada kejadian paling besar yang telah berlaku.
8.  Berita keluhan Anwar ialah berita.  Tetapi bukan berita utama pagi ini seperti yang dibuktikan oleh The Star.
9.  Malah ia dipilih untuk diputarbelitkan sebagai propaganda BN.
10.  [Ini menjadi lebih ketara lagi jika anda dengar betul-betul apa yang Anwar akatakan di Australia.  Apa yang akan menjadi jelas ialah Najib dan BN telah bertindak memintas ucapan Anwar tentang kepincangan pentadbiran kerajaan BN itu sebelu tiba ke pendengaran rakyat negara ini.  Begitu besar ketakutan Najib itu sehingga mengarahkan media meletakkan ucapannya (Najib) tentang 'prestasi Malaysia membanggakan'  di halaman kedua.]
11.  Berita utama pagi ini ialah BN bersedia untuk perang PRU13.  Ini dibuktikan oleh semua media negara, termasuk BH dan UM!

No comments: