Ikrar Najib untuk 'mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun, ... walaupun bercerai daging dari tulang ...' merupakan isyarat kepada anggota UMNO supaya buatlah apa saja untuk BN terus memerinah. Segala jentera Negara, bukan saja jentera BN, akan digunakan untuk tjuan itu.
1. 'Mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun' menjadi slogan yang menentukan rentak peperangan BN untuk memastikan ia terus memerintah.
2. Anggota BN dikerahkan untuk menterjemahkan slogan itu kepada program yang konkrit.
3. Slogan itu juga bertujuan menghantar mesej keras kepada pembangkang dan menakut-gertakkan mereka.
4. Biarlah pembangkang mentafsirkan sendiri apa maksud slogan Najib itu.
5. Benar mempertahankan Putrajaya bererterti mempertahan UMNO. Jika UMNO gagal memerintah untuk satu penggal pun, pasti UMNO akan berkubur.
6. Talian hayat UMNO ialah kekayaan material yang berjalan seiring dengan kekuasaan; kekuasaan itulah Putrajaya.
7. Mempertahankan Putrajaya telah diterjemahkan ke dalam tindakan dengan penawanan semula negeri Perak. Negeri yang kaya dengan sumber asli dan industri itu menjadi batu loncatan Najib untuk membina semula kekuatan setelah mengalami kekalahan besar dalam PRU12.
8. UMNO tidak ada kekuatan lain selain kekuatan fizikal dan material. Dinyahkan dari kekuatan ini, UMNO akan berdepan dengan maut.
9. Najib ingin mengadakan pilihanraya awal untuk merampas kembali negeri yang terkaya, Selangor. Jika Selangor dapat dirampas, perbendaharaan UMNO akan penuh berisi. Anggota UMNO - ketua bahagian dan setiausaha bahagian - semuanya akan buncit perut dan kembalilah tenaga UMNO.
10. Mempertahankan Putrajaya tidak dilakukan Najib melalui peti undi sahaja. 'Apa cara sekalipun' merangkum segalanya.
11. Tindakan Polis dan SPRM jelas mengisi erti slogan Najib itu.
12. Bahkan Mahkamah pun digunakan; pendakwaan gila terhadap DS Anwar Ibrahim merupakan satu daripadanya.
13. Anwarlah halangan utama kepada Najib dan UMNO untuk terus berada di Putrajaya. Justeru itulah Najib mahu Anwar dimusnahkan.
No comments:
Post a Comment