- Parlimen Israel Knesset meluluskan usul menarik keistimewaan ahli parlimen Haneen Zoubi (bangsa Arab yang mewakili parti Balad) yang telah menyertai Flotilla. Sebelum ini Haneen telah dikasari ahli parlimen Yahudi, yang menganggapnya pengkhianat, semasa sesi parlimen. Haneen berada dalam kapal yang diserang. Beliau telah dipenjarakan dan dibebaskan dengan ikat jamin.Dalam satu sidang media selepas peristiwa, Haneen telah menegaskan: 'Jelas dari saiz kumpulan tentera Israel yang menaiiki kapal (Mavi Marmara) tujuannya tidak hanya berhenti pelayaran itu, tetapi untuk menyebabkan jumlah korban yang besar supaya inisiatif seperti itu akan dihentikan pada masa depan'
Erdogan dan isteri
- Turki menggesa Israel menerima pembentukan jawatankausa antarabangsa untuk menyiasat peristiwa serangan ke atas Freedom Flotilla. Menteri luar Turki Agmet Davutoglu menegaskan hubungan Turki-Isarel hanya dapat dipulihkan sekiranya Israel bersedia menerima idea pembentukan jawatankuasa tersebut. Tegasnya lagi, jika Israel tidak bersetuju bermakna ada sesuatu yang hendak disembunyikan. Sebelum ini, Ankara telah memanggil balik dutanya ke Israel dan menuntut Israel memohon maaf atas serangan 31 Mei itu; bagaimanapun Israel enggan berbuat demikian sebaliknya melancarkan propaganda kononnya penganjur indup knvoi bantuan itu, IHH yang berpangkalan di Turki, ada kaitan dengan kumpulan pengganas.
- Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan mungkin mempercepatkan tarikh pilihanraya negaranya untuk memanfaatkan sokongan rakyat ke atas inisiatif partinya AK.
Peta menunjukkan negara anggota Liga Arab
- Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa, akan melawat Gaza minggu depan sebagai sebahagian usaha kesatuan itu untuk memecahkan kepungan ke atas wilayah Gaza. Pada hari Ahad lalu (7 Jun) satu delegasi yang terdiri dari 47 orang ahli parlimen negara-negara Arab telah mengadakan kunjungan ke Gaza untuk mengungkapkan kebersamaan dengan rakyat Palestin. Mereka menyeberangi sempadan Mesir-Gaza melalui pintu masuk Rafah yang dibuka Mesir berikutan insiden 31 Mei.
Bayi baru lahir di Gaza, Recep Tayyip Erdogan,
bergambar bersama abangnya, 6 Jun 2010
- Seorang bapa di Gaza telah menamakan bayi yang baru dilahirkan isterinya dengan nama Recep Tayyib Erdogan sebagai penghargaan di atas jasa PM Turki menyokong perjuangan rakyat Gaza.
- Satu laporan dariTeheran menyebut, Persatuan Bulan Sabit Merah Iran bercadang menghantar 2 kapal bangtuan kemanusiaan ke Gaza.
2 comments:
Aslm
Nice translation.
mazlan
a nice compilation and analysis on freedom flotilla and surrounding issues. keep it up!
Post a Comment