Thursday, June 24, 2010

Kegilaan Label


Label, seperti nama, adalah instrumen yang pening dalam komunikasi.  Berbanding nama, label dipilih untuk memberi impak - positif atau negatif - yang besar ke atas sasaran.  Tabiat melabel boleh jadi satu kegilaan.  Ada orang mengunakan label untuk mempromosikan sesuatu produk.  Ada juga orang yang menggunakan label untuk membunuh. Sebagai contoh, pemerintah ingin menjadikan '1Malaysia'  label yang tidak boleh dicabar. Promosi dijalankan besar-besaran supaya label 1Malaysia dikaitkan dengan produk-produk yang 'baik'.  Sehingga sesuatu produk atau idea yang berkait dengan 1Malaysia harus diterima-pakai serta-merta tanpa banyak soal.  Contoh sebaliknya, label 'ektremis', radikal, atau 'teroris' digunakan oleh George Bush untuk memburukkan semua yang tidak bersetuju dengan agenda hegemoninya.
1.  Label merupakan simbol.  Di belakang simbol itu terdapat makna.  Bagaimanapun sesuatu label mungkin mempunyai beberapa makna yang berbeza bergantung pada pencerap.  Ambiguiti seperti ini kerap digunakan oleh pihak tertentu untuk mengeksplotasi penggunaan label seadanya.
2.  Golongan yang berfikir akan sentiasa meneliti penggunaan label supaya tidak mudah terpedaya dengan agenda pihak tertentu.  Malangnya kebanyakan orang malas berfikir, lantas menerima sesuatu label, bahkan menyebarkannya dan berhujah dengannya.
3.  Untuk rakyat Malaysia, terutama bangsa Melayu dan beragama Islam, label asing sama ada terus diterima-pakai,atau dicurigai dan ditakuti.
4.  Kini label 'Wahabi' dilemparkan pihak tertentu terhadap individu dan kumpulan yang tidak mereka senangi.
5.  Malangnya, istilah 'Wahabi' itu tidak dijelaskan asal-usul, sejarah, dan maknanya; hanya dikatakan ia ajaran sesat.  Tambahan pula 'Wahabi' dikaitkan dengan terorisme.
6.  Semua itu harus ditolak oleh golongan yang berfikir.
7.  Pertama, ;Wahabi' itu hendaklah difahamkan dengan jelas apa maksudnya, asal-usul dan sejarahnya.
8.  Kedua, jika kita terima kaitan 'Wahabi' dengan 'teroris' melalui sampel yang cukup kecil (seperti yang dinyatakan olehseorang  'sarjana terbilang' dari ILIM, samalah dengan penerimaan kaitan Islam dan terorisme yang dgunakan oleh manusia durjana seperti Bush.  Malah kita telah berjaya diperangkap oleh musuh Islam itu.
9.  Anda tidak akan membaca ruang ini jika anda bukan seorang pemikir; jadi di sini tidak akan diterangkan apa itu 'Wahabi'.
10.  Hanya ingin ditekankan tiada golongan yang secara sedar menamakan diri mereka 'Wahabi'; label ini digunakan oleh golongan tertentu yang kurang senang dengan pendekatan yang dibawa sesetengah orang yang ingin memurnikan aqidah mereka daripada amalan-amalan yang mudah menyesatkan.  Ada antara mereka yang keterlaluan dalam pendekatan ini, langsung mencipta musuh mereka sendiri.  Tetapi, setiap kumpulan ada ekstremisnya, termasuklah mereka yang asyik melemparkan label Wahabi kepada siapa saja yang mereka musuhi.

No comments: