Israel mahu mewujudkan 'kemanan' dengan Palestin berdasarkan syarat-syaratnya sendiri. Syarat itu bertujuan membentuk kawasan yang didiami penduduk Palestin yang tidak berdaulat dan sentiasa dinaungi Israel dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan. Manakala Pihak Berkuasa Palestin di bawah pemimipin Fatah, Mahmoud Abbas, bersedia akur kepada syarat Israel, Hamas secara tegas (dan betul) menolaknya. Itulah yang menyebabkan Israel melabel Hamas sebagai teroris dan menggesa seluruh dunia mengikut jejak langkahnya. Israel telah mengepung Gaza sejak 2007, kononnya untuk menahan senjata daripada sampai ke tangan Hamas, tetapi tujuan sebenar untuk melemahkan Hamas dan memaksa rakyat Gaza menunpaskan Hamas dari dalam. Pada tahun 2008 Israel cuba menggulingkan Hamas secara terang-terangan dengan melancarkan peperangan 'Operation Cast Lead' tetapi gagal setelah membunuh ramai penduduk awam Gaza dan melakukan kemusnahan besar-besaran selama 22 hari. Sejak itu epungan le atas Gaza tidak dilonggarkan malah diketatkan lagi. Menurut PBB hanya 20% keperluan harian asas yang dibenarkan masuk ke Gaza oleh Israel, dengan bantuan Mesir.
Namun begitu kepungan ke atas Gaza gagal mencapai matlamat Israel. Apa yang berlaku pada 31 Mei 2010 satu peperangan bukan untuk mepertahankan negara Israel, tetapi untuk mempertahankan kepungan ke atas Gaza. Reaksi dunia terhadap tindakan Israel, sehingga sekurang-kurangnya 9 orang aktivis kemanusian mati, menunjukkan Israel sebenarnya terkepung dengan kepungannnya sendiri.
1. Kepungan ke atas Gaza merupakan cubaan regim Zionis untuk memencilkan Hamas, kerana Hamas adalah pemerintah Gaza.
Peta menunjukkan Gaza dan Tebing Barat yang terpisah
Peta menunjukkan kawasan yang terpisah-pisah
yang didiami penduduk Palestin di Tebing Barat
3. Setelah kematian pemimpin PLO, Yaser Arafat, Hamas telah memenangi pilihan raya Palestin. Sejak itu usaha memencilkan Hamas dimulakan. Elemen tetentu diwujudkan di Gaza (yang merupakan tapak Hamas) untuk melakukan provokasi ke atas Hamas, sehingga Hamas terpaksa bertindak tegas melumpuhkannnya. Israel melancarkan propaganda kononnya Hamas telah merampas Gaza secara kekerasan, padahal Hamas-lah yang dipilih secara demokraktik untuk memerintah bukan sahaja Gaza tetapi juga Tebing Barat. Mahmoud Abbas kembali berkuasa di Tebing Barat manakala Hamas dihempet oleh kepungan di cebisan Gaza. Usaha menyatukan Hamas dan Fatah sentiasa dikhianati Israel dan sekutu utamanya Amerika.
4. Menurut hukum adat, Hamas dijangka tidak dapat bertahan lama setelah dikepung selama 4 tahun dan dibedil hari-hari. Tetapi itu jelas tidak berlaku.
5. 'Penjara besar' Gaza memfokuskan perhatian seluruh dunia terhadap kekejaman Israel.
6. Walaupun dunia barat rata-rata bersikap apologis terhadap kewujudan Istael, sebahagiannya disebabkan peranan barat melakukan kekejaman ke atas bangsa Yahudi Eropah suatu masa dulu (dan sebahagian lagi, Israel adalah unjuran kuasa barat di tengah-tengah dunia Islam), namun kekejaman Israel di Gaza tidak dapat lagi dipandang remeh. Gaza menggembleng tumpuan rakyat dunia yang beraneka ragam, terhadap kekejaman Israel. Itulah senario latar di sebalik peristiwa 31 Mei.
7. Rata-rata seluruh dunia mengutuk tindakan Israel terhadap Freedom Flotilla. Amerika Syarikat yang sentiasa melindungi Israel pun terkesan oleh reaksi dunia. Dalam satu taklimat kepada kabinet Israel, ketua perisik Israel sendiri menegaskan Amerika kini menganggap Israel sebagai liabiliti.
8. Bukan setakat pandangan luar, pandangan dari dalam Israel sendiri yang lebih waras seperti yang digambarkan oleh golongan kiri (golongan ini nampaknya makin berpengaruh) mengkritik kerajaan yang dipimpin ektremis sebenar Netanyahu.
9. Tindakan Israel melakukan pembohongan besar-besaran ternyata memburukkan nasib mereka: pembohongan mereka dengan mudah ditangkis oleh beratus aktivis yang telah dibebaskan. Mereka boleh berbohong (dengan mudah dan penuh kekebalan pada masa lampau) tetapi kini mereka dibogelkan ke identiti mereka sebenarnya oleh pembohongan mereka sendiri.
10. Mereka menerbitkan klip video yang disunting khas menunjukkan mereka 'dikerasi', mereka merampas gambar dan video dari aktivis, tetapi kebenaran muncul satu demi satu.
11. Antara natijah yang paling ketara ialah kedudukan Turki dalam peristiwa ini.
12. Turki selama ini merupakan rakan karib Israel di dunia Islam dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan. Israel, seperti Amerika, menjalin hubungan rapat dengan elit tentera Turki. Tetapi pengaruh di Turki telah kian beralih daripada tentera (pengawal ideologi Ataturk) kepada pemerintah yang dipilih secara demokratik, iaitu parti AK yang dipimpin Recep Tayyip Erdogan. Turki yang sebelum ini kelihatan ghairah dilihat sebagai barat dan bukan Timur Tengah dan dunia Islam kian bergerak mendampingi saudara Islam mereka. Semasa serangan Israel ke atas Gaza pada 2008, Erdogan telah menyuarakan bantahannya secara lantang; ini direkod di hadapan media dengan tindakannya meninggalkan sesi perbahsan Di Davos yang dihadiri Presiden Israel Shimon Peres. Erdogan juga melancarkan inisiatif untuk mendapatkan keadilan bagi Iran dalam isu nuklear. Peristiwa 31 Mei merangsang lagi kemaraan Turki dalam politik Timur Tengah dan Dunia Islam.
13. Kerajaan Erdogan secara tegas menyokong misi bantuan keamanan Freedom Flotilla dan telah memberi amaran kepada Israel supaya memberi laluian kepada mereka.
14. Apa yang berlaku - dengan 9 rakyatnya dibunuh - menumpukan sentimen seluruh rakyat ke arah menentang Israel dan menyokong Gaza. Sekaligus, Turki makin hampir meninggalkan barat dan menghampiri rakannya di dunia Arab dan Islam. Inilah satu kerugian besar bagi Israel - dan dunia dunia barat.
15. Usaha barat menyantuni Turki - untuk menjinakkannya - selama hampir seratus tahun kian terhakis kesannya. Bagi dunia Islam, kebersamaan Turki mengubah kekuatan mereka.
16. Dengan peristiwa 31 Mei, seluruh rakyat Turki, termasuk yang berfahaman sekular, berdiri teguh di belakang kerajaan yang dipimpin Erdogan, sekaligus menjadikan kerajaan pro-Islam dan penampilannya sebagai jaguh Timur Tengah dan Dunia Islam sukar dicabar musuh politik dari dalam Turki sendiri.
16. Israel benar-benar terkepung.
17. Semoga Allah melangsungkan perpaduan umat Islam dan memberi kemenangan kepada mereka, khususnya dalam pembebasan Al-Aqsa. Amin
No comments:
Post a Comment