Friday, June 11, 2010

Freedom Flotilla: Hodohnya perangai Yahudi

Manolo Luppichini

Seorang wartawan yang menyertai Freedom Flotilla telah mengadu kad kreditnya yang dirampas oleh komando Israel telah digunakan. Wartawan dari Ttali, Manolo Luppichini, mendakwa semua barangnya, termasuk dompet yang mengandungi kad kredit, telah dirampas komando Israel semasa beliau berada dalam sebuah daripada kapal, Sfintoni-8000 dalam konvoi 6-kapal pada 31 Mei lalu.

Semua aktivis di atas kapal itu telah menunjukkan bantahan secara pasif (pasisve resistance) walaupun ramai yang dikenai tembakan peluru getah dan pelali.

Setelah dibebaskan dan kemabali ke negaranya, Luppichini mendapati kad kreditnya telah digunakan untuk pembelian beberapa barangan. Kad kreditnya jenis tercaskan (rechargable), oleh itu mempunyai had yang rendah. Walaupun jumlah yang dibelanjakan tidak banyak, ini merupakan satu tindakan menyamun oleh tentera regim Zionis yang tidak beramruah.

No comments: