Wednesday, June 9, 2010

Gadis AS kehilangan sebelah mata berdemo di Tebing Barat

Emily yang kesakitan dibantu seorang wanita Arab


Emily yang cedera

Demonstrasi membantah serangan Israel ke atas Freedom Flotilla berjalan aman di Malaysia.  Tetapi tidak begitu halnya di Israel.  Seorang gadis rakyat Amerika Syarikat yang menyertai demonstrasi di Israel, Emily Henochowicz, telah kehlangan sebelah matanya akibat ditembak dengan bom pemedih mata.

Emily telah menyertai demo di Qalandiyah yang merupakan pintu masuk ke Tebing Barat dari Baitul Maqdis apabila dia ditembak.  Selain dari mata kiri yang tanggal sepnuhnya, dia juga mengalami kesan bakar di mukanya dan pecah tulang pipinya di soket mata, menurut ibunya, Shelly Kreitman.

Emily telah menyertai demo sejurus selepas kapal Mavi Marmara diserang komando Israel pada Isnin 31 Mei.  Ibu Emily menyangkal dakwaan Israel bahawa bom pemedih mata telah terpantul dari sebuah dinding sebelum mengenai Emily.  Dari video dan kesan yang dialami Emily, jelas bom itu ditembak secara langsung ke arah Emily.

Emily adalah rakyat Amerika Syarikat berbangsa Yahudi, datuknya seorang mangsa Holocaust.  Sebelum ini, Barak Obama telah memohon Israel menjelaskan bagaimana warganya telah mengalami kecederaan dalam demonstrasi di Israel.

Komen
1.  Israel memerangi orang Yahudi sendiri.
2.  Pola yang menunjukkan sikap Israel yang sentiasa berbohong untuk melepaskan diri dari kebenaran.

Lihat juga: http://www.haaretz.com/print-edition/news/eyewitness-account-how-emily-lost-an-eye-1.294997

No comments: