Akhbar Israel, Haaretz, memetik penganjur kapal Rachel Corrie, Free Gaza Movement (FGM), sebagai menafikan laporan tentera laut Israel telah menaiki kapal itu. Laporan sebelum ini memberitakan ia dinaiki 55 km dari pantai Gaza jam 5:50 pagi Sabtu 5 (10:50 pagi waktu Malaysia) Jun, setelah diekori oleh 3 buah kapal tentera laut Israel. Menurut laporan itu lagi, operasi tentera Israel itu berjalan tanpa halangan atau kecedaraan.
Bagaimanapun Greta Berlin, jurucakap FGM yang berpengkalan di Cyprus, kemudian membuat penafian itu. Sebaliknya ia berkata kapal tentera Israel telah meintas dan kini membayangi kapal Rachel Corrie milik Ireland itu dalam pelayarannya. Laporan bahawa kapal telah dinaiki tentera Israel itu dibuat berdasarkan berita daripada sebuah stesyen radio Israel. Komunikasi dengan aktivis di atas kapal dikatakan terputus-putus.
Kapal Rachel Corrie adalah sebahagian daripada Freedom Flotilla, tetapi telah ketinggalan dari 6 kapal yang lain kerana mengalami kerosakan.
1/ Walaupun aktivis dalam kapal itu telah menegaskan sebelum ini mereka tidak akan menghalang jika Israel menceroboh, tetapi mereka juga berikrar untuk menghantar bantuan terus ke pelabuhan Gaza dan tidak ke mana-mana pelabuhan Israel.
2. Senarai aktivis dalam kapal termasuk seorang pemenang Hadiah Nobel, mantan penolong setiausaha agung PBB yang berbangsa Ireland, Dennis Halliday, seorang bekas mangsa Holocaust, dan 6 orang aktivis, wartawan Al-Jazeera, dan Perdana Global Peace Organisation, Malaysia.
Catatan
Kapal 1200 ton yang didaftarkan di Kemboja itu dinamakan sempena Rachel Corrie, rakyat Amerika Syarikat dan aktivis International Solidarity Movement, yang dihempet mati oleh bulldozer Israel yang sedag merobohkan bangunan di Gaza pada 16 Mac 2003.
Bulldozer Tentera Israel
No comments:
Post a Comment