Friday, June 4, 2010

Fakta berkenaan Gaza Freedom Flotilla


Kejadian berlaku sekitar 4:00 pagi (waktu tempatan) 31 Mei 2010 di perairan antarabangsa Laut Mediterranean, jauh dari pantai Israel.  Kapal Mavi Marmara, kapal utama dalam konvoi enam buah kapal yang menuju pelabuhan Gaza untuk menghantar bantuan kemanusian diserang komando Israel.
1.  Menyerang kapal awam yang tidak membawa senjata di perairan antarabangsa merupakan tindakan lanun (act of piracy).  Mempertahankan diri dari serangan lanun, dengan apa jua pun, bagi penumpang kapal merupakan satu tindakan yang sah.



Tempat serangan dan sempadan perairan Israel


2.  Dalam peristiwa itu, tentera Israel telah menembak mati sekurang-kurang 9 orang penumpang, 8 rakyat Turki, seorang pembawa pasprt Amerika Syarikat.  Tindakan itu merupakan jenayah.
3.  Kapal itu dan kapal-kapal lain kemudian diarahkan ke Pelabuhan Ashdot.  Ini bermakna kapal-kapal itu telah dirampas (act of hijacking) dan penumpang diculik (act of kidnapping).



Konvoi kapal diheret ke Pelabuhan Ashdot

4.  Tindakan lanun, merampas, dan menculik dilakukan oleh regim Zionis Israel kerana semuanya berlaku di perairan antarabangsa ke atas kapal awam yang tidak membawa senjata.
5.  Kenapa Israel tidak menunggu sehingga kapal itu masuk ke pearirannya?  Penganjur misi konvoi telah merancang pergerakan supaya masuk ke perairan Gaza pada waktu siang hari, tetapi Israel memilih untuk menjalankan operasinya pada waktu gelap.
6.  Kapal Mavi Marmara yang diserang ialah kapal terbesar yang memuatkan lebih 600 penumpang manakala umlah penumpang dalam 6 kapal itu sekitar 750.
7.  Konvoi yang asal mengandungi 10 buah kapal, tetapi yang berada di perairan yang disebutkan tadi ialah 6 sahaja, kerana ada yang mengalami kerosakan, dipercayai disabotaj oleh agen Israel.
8.  Sebuahdaripada kapal yang rosak telah meminta bantuan Cyprus, tetapi apabila mendarat tidak dibenarkan meneruskan perjalanan ke Gaza, disebabkan kerajaan Cyprus takut hubungannya dengan Israel terjejas.
10. Semua penumpang adalah orang awam, kebanyakan dari Turki, tetapi termasuk lebih 50 negara.  Antara penumpangnya ialah 12 rakyat Malaysia.  (ada 6 rakyat Malaysia lagi di kapal ketujuh, Rachel Corrie yang ketinggalan tetapi masih meneruskan perjalanan sehingga kini).
11. Penumpang juga termasuk beberapa ahli parlimen negara Eropah, seorang pemenang Hadiah Nobel, seorang mantan pegawai tinggi PBB, seorang bekas mangsa Holocaust, dan beberapa rakyat Israel sendiri berbangsa Arab.
12. Penumpang dari Malaysia terdiri dari wakil Aqsa Syarif, Haluan Palestin, (di bawah program 'Talian Hayat Untuk Gaza'), Yayasan Amal (PAS), ahli parlimen BN dan Pakatan Rakyat, dan Global Peace Organisation, selainnya krew TV3 dan Awani Astro.
13.  Semua 12 rakyat Malaysia berada di kapal utama Mavi Marmara dan ditahan di penjara Beersheba di Padang Pasir Negev, bersama penumpang yang lain.  Lebih kurang 50 orang yang cedera dirawat di hospital di hospital di merata Israel.


Peta menunjukkan kedudukan Beersehba, Gaza dan Ashdod

14.  Disebakan tekanan antarabangsa, Israel tepaksa membebaskan tawanannya dengan agak segera, walaupun pada awalnya ia berikrar untuk memenjara dan mendakwa mereka..
15.  Pada petang Selasa 1 Jun, Israel menghantar pulang sekitar 200 tahanan, 120 di antaranya yang berasal dari negara tanpa hubungan diplomatik dengan Israel, seperti Malaysia, Indonesia,Yemen dan Lubnan, melalu negara Jordan.
16.  Pada hari berikutnya kebanyakan tawanan telah dibebaskan (kecuali yang mengalami kecederaan).
17.  Jenazah penumpang yang syahid telah diterbangkan keluar pada hari Khamis.  8 rakyat Turki yang syahid telah selamat dikebumikan pada hari Khamis.
18.  Tindakan Israel menyerang kapal itu dikutuk di merata dunia, kecuali oleh Amerika Syarikat.  Ada negara yang memutuskan hubungan diplomatiknya dengan regim Zionis itu.  Namun setelah 12 jam berbahas, Majlis Keselamatan PBB, atas tekanan AS, gagal untuk menamakan Israel dalam pernyataannya.
19.  Turki, negara pemilik kapal, negara penganjur induk, Humanitarian Aid Foundation (İHH) dan negara yang mengalami kebanyakan kematian dalam peristiwa itu, telah memanggil pulang dutanya, dan menegaskan hubungan diplomatik akan pulih hanya sekiranya regim Zionis menarik semula kepungan ke atas Gaza.
20.  Israel terus melancarkan propagandanya yang cuba memberi gambaran komandonya diserang oleh penumpang, mempamerkan 'senjata' yang dirampas dalam kapal, dengan beberapa siri klip video peristiwa yang disusunnya.  Malangnya beberapa klip itu telah disiarkan oleh media Malaysia tanpa usul periksa.
21. Penumpang yang dibebaskan secara konsisten memberi perihal yang bercanggah daripada apa yang dilauhkan media rasmi Israel termasuk Perdana Menterinya.  Ringkasnya, setelah melakukan jenayah antarabangsa, regim Israel terus melakukan pembohongan terang-terangan.
22.  Seperti biasa Amerika Syarikat tetap berdiri teguh di belakang Israel.  Presiden Obama mencadangkan Israel sendiri membentuk pasukan untuk menyiasat insiden itu dan menjadi ketuanya!
23.  Laporan media menyebut bahawa sebahagian daripada bantuan yang dirampas itu telah dihantar ke Gaza tetapi Hamas yang memerintah Gaza enggan menerimanya selagi tidak semua tawanan dibebaskan dan selagi bekalan tidak disalurkan sepenuhnya.

No comments: