Monday, April 26, 2010
Hulu Selangor sekali lagi: Ulasan Pemimpin
Sunday, April 25, 2010
BN Menang di Hulu Selangor
BN P Kamalanathan 24,997
PKR Datuk Zaid Ibrahim 23,272
Majoriti 1,725
[Undi Pos BN: 767 PKR: 120]
Ulasan
1. Majoriti 1,725 termasuk 767 undi pos.
2. Ditolak undi pos, majoriti BN hanya 958.
3. Majoriti BN sangat kecil berbanding sasaran 6000 Muhyiddin.
4. Muhyiddin tahu benar kenapa majoriti 6000 disasarkan untuk betul-betul boleh dikatakan menang. Angka 6000 itu merupakan gabungan majoriti yang diperolehi 3 ADUN BN dalam PRU12 di kawasan parlimen Hulu Selangor itu. Kegagalan mendapatkan semula sokongan mereka merupakan tamparan hebat buat BN.
5. Ibrahim Ali pula telah menyifatkan majoriti kurang daripada 3000 sebagai kekalahan bagi BN.
6. PKR menang dengan majoriti besar di kawasan Cina dan rata-rata mendahului BN di kawasan bercampur.
7. Kesimpulannya kaum Cina berdiri teguh di belakang Pakatan dan menolak BN. Faktor calon India dan peranan Makkal Sakhti mungkin menjadikan sokongan kaum India berbelah bagi. Trend pengundian kaum Cina membayangkan krisis yang sedang melanda MCA belum berakhir. I
8. BN rata-rata menang di kawasan majoriti Melayu, terutama di Felda.
9. Kemenangan di kawasan Melayu disebabkan wang berjuta-juta yang dijanjikan dan tidak kena mengena dengan tiga inisiatif kerajaan Najib.
10. Oleh itu kemenangan BN di Hulu Selangor tidak mencerminkan sokongan rakyat kepada program Najib. Yang jelas rakyat Cina masih tidak yakin dengan 1Malaysia, GTP dan MEB manakala kaum lain memilih BN atas sebab lain bukan program NAjib.
11. PRK Hulu Selangor tidak boleh dikatakan berjalan dengan adil. SPR sendiri mengaku memindahkan sebilangan pengundi beberapa minggu sebelum PRK itu manakala wujud khabar pengundi yang dihalang daripada mengundi. Taktik SPR dan BN yang lain menjadi teki-teki.
12. PKR sendiri menjangkakan peratusan keluar mengundi 80% untuk ia menang dengan selesa, sedangkan peratus yang keluar mengundi hanyalah 76%.
13. Kemenangan BN dibayar dengan mahar yang sangat mahal, bemodalkan peruntukanRM60 juta, tidak kira perbelanjaan lain dan pemberian tak berekod, serta maruah pemimpin BN sendiri. Jika anda menyaksikan apa yang berlaku dalam ceramah pintu ke pintu di kawasan majoriti Melayu, khususnya di Felda, anda akan perhatikan bahawa mereka sanggup berbogel demi meraih sokongan pengundi.
14. Bolehkah BN mengulangi di tempat lain, atau pada PRU13? Jawapannya tentu memeningkan Najib, dan patut mengikis kesombongannya. Tidak ada sebabnya Najib boleh mendabik dada seperti yang disaksikan pasca-Teluk Kemang.
15. Kemenangan BN di Hulu Selangor mengingatkan kita kemenangannya di IJok dalam tahun 2007, hanya untuk kalah dalam PRU12 tahun berikutnya. Tidak mustahil Zaid akan muncul semula sebagai juara di Hulu Selangor pada PRU13 nanti.
16. Untuk Pakatan Rakyat yang berjaya meraih undi lebih 23,000 di kawasan semua DUN-nya dikuasai BN - dalam suasana buas yang bebas dari kesan tsunami 2008, tanpa karisma seorang mantan timbalan MB, dengan musuh yang cukup kuat dan ganas - ini satu pencapaian yang cukup meyakinkan dan membanggakan.
17. Dalam pertarungan PR dengan seluruh jentera kerajaan Persekutuan BN, PR masih dapat bertahan, walaupun kalah.
18. Ringkasnya, BN belum pulih, manakala PR akan terus hidup subur sebagai gabungan parti politik alternatif bagi seluruh rakyat Malaysia.
Antara Najib dan Anwar, Pilihannya Jelas Sekali
Episod Hulu Selangor
Saturday, April 17, 2010
Menangani Gejala Rokok
Jika pemerintah jujur, nescaya masalah rokok dapat diselesai. Jujur dan objektif. Tambah satu lagi atribut kritikal: faham. Menaikkan harga rokok tidak dapat mengurangkan bilangan perokok, malah menambah masalah bagi polis dan kastam dengan merecupnya aktiviti penyeludupan dan pasar gelap. Iklan mahal 'Tak Nak Rokok!' pun hanya menguntungkan pihak yang mendapat kontrak pengiklanan; kesannya hampir nol! Ada beberapa langkah lain yang harus dicuba.
Perumahan untuk Pesara Asing di Nusa Jaya
Lawatan Najib ke AS
Tuesday, April 13, 2010
Amerika kalah di Tangan Sendiri?
Bacalah secebis daripada artikel yang dipaparkan di dada majalah Time:
From the invasion of Afghanistan until last summer, the U.S. military had lost 761 soldiers in combat there. But a higher number in the service — 817 — had taken their own lives over the same period. The surge in suicides, which have risen five years in a row, has become a vexing problem for which the Army's highest levels of command have yet to find a solution despite deploying hundreds of mental-health experts and investing millions of dollars. And the elephant in the room in much of the formal discussion of the problem is the burden of repeated tours of combat duty on a soldier's battered psyche ...
Kepimpinan Tentera AS makin kebingungan:
... "As to why people take this step — particularly as to why men and women in uniform do — we're still in many ways befuddled" ...
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada trend itu?
Sunday, April 11, 2010
'Liputan Malaysia' dalam The Washington Times
Tuesday, April 6, 2010
Rokok Oh Rokok ...
Lagi-lagi cerita rokok. Mulut saya ternganga mendengar hujah YB Liow, Menteri Kesihatan tentang rokok, khususnya kenapa kerajaan 'mengharamkan' jualan rokok dalam kotak 14 batang. Berbelit-belit hujahnya. Berpeluh-peluh dahinya. Katanya, dengan langkah itu, para remaja akan dapat menjauhi gejala rokok ...
Subscribe to:
Posts (Atom)