Saturday, April 17, 2010

Menangani Gejala Rokok



Jika pemerintah jujur, nescaya masalah rokok dapat diselesai.  Jujur dan objektif.  Tambah satu lagi atribut kritikal:  faham.  Menaikkan harga rokok tidak dapat mengurangkan bilangan perokok, malah menambah masalah bagi polis dan kastam dengan merecupnya aktiviti penyeludupan dan pasar gelap.  Iklan mahal 'Tak Nak Rokok!' pun hanya menguntungkan pihak yang mendapat kontrak pengiklanan; kesannya hampir nol!  Ada beberapa langkah lain yang harus dicuba.
1.  Ada beberapa sebab orang menghisap rokok dan menjadi ketagih; mereka harus diasuh, dipujuk, dirayu, serentak dengan dijatuh hukuman.
2.  Pendidikan tentang bahaya rokok harus dijalankan oleh media perdana.
3.  Kerajaan Najib dengan slogan "kreatif dan inovatif seharusnya dapat menggarap langkah publisiti seperti  drama sayu yang kreatif tentang beban pesakit kanser paru ke atas diri dan keluarga mereka.
4.  Perokok perlu diberi kaunseling supaya ahli keluarga yang lain tidak terdedah kepada bahaya mereka.
5.  Iklan menegah merokok boleh dilakukan dengan kreatif, dengan menjatuhkan taraf perokok, kepada haiwan seperti monyet, yang tidak dapat berfikir dengan rasional.
6.  Tabiat merokok mesti dikaitkan dengan watak pengotor dan si tongong, kerana itulah hakikat perokok.
7.  Harga rokok harus diturunkan sehingga tidak ada keuntungan kepada peruncit dan merokok tidak lagi menjadi satu aksi glamor.
8.  Harga rokok yang rendah sekaligus membasmi aktiviti penyeludupan dan pasar gelap.
9.  Merokok ditempat awam harus dijadikan satu jenayah berat kerana ia mengancam kesihatan awam, membunuh mereka, dan membebankan institusi kesihatan.
10.Penguatkuasaan diperlukan, tetapi infrastruktur perlu disediakan.  Di tempat awam sediakan bilik kaca kebal-asap untuk perokok menikmati hisapan mereka, serta segala bahan kitaran daripada asap yang dikeluarkan, di samping melindungi non-perokok daripada bahaya.
11.  Perokok mesti didenda jika mereka merosakkan harta awam, seperti menyepah puntung rokok.
12.  Restoran yang tidak menjual rokok patut diberi insentif, seperti pelepasan sebahagian cukai.
13.  Perokok baru (selepas tarikh kempen anti-rokok) sepatutnya dinafikan penyenggaraan kesihatan yang disediakan untuk orang awam yang lain, atau dikenakan bayaran khas.
14.  Mesej yang ingin disampaikan: 'Anda boleh merokok, tepi anda harus tanggung akibatnya ...'

No comments: