Sunday, April 11, 2010

'Liputan Malaysia' dalam The Washington Times


Hari ini di dada akhbar, Duta Malaysia ke AS, Dr Jamaluddin Jarjis dengan bangganya menghamparkan Washington Times yang memaparkan artikel tentang Malaysia.  Ia digambarkan sebagai satu publisiti untuk Najib dan polisinya yang dikatakan akan berjaya menarik pelabur antarabangsa berbondong-bondong ramainya.  Hakikatnya jauh daripada apa yang ingin dipamerkan.
1.  Washington Times (WT) bukan The Washington Post yang tersohor itu. Ia akhbar yang masih muda - ditubuhkan pada tahun 1982, lebih muda daripada kebanyakan akhbar di Malaysia!
2.  Lebih aneh lagi akhbar itu ditubuhkan oleh Sun Myung Moon, pengasas Gereja Penyatuan.
3.  Pada tahun 1996 Moon menyatakan kenapa ia mengasaskan akhbar itu: 'untuk melakukan propaganda.'
4.  Propaganda yang dimaksudkan Moon ialah propaganda tentang fahaman agama yang dianutinya.
5.  Jumlah edaran WT kurang lebih 1/8 daripada Washington Post. akhbar yang terkemuka di Washington D.C.
6.  WT sentiasa dilanda kerugian tetapi Moon bertekad untuk terus kekal.  Setakat 2002 Moon telah menanggung kerugian AS2 bilion!
7.  Lidah pengarang WT berhaluan konservatif dan sangat pro-Israel dan sangat anti-Arab.  Ini ditegaskan oleh akhbar Al-Ahram Mesir pada tahun 1998.
8.  Washington Post yang senderung kepada liberal menganggap Moon mengaaskan WT untuk menyerang Komunisme.
9.  Peminat WT termasuklah musuh Islam Ronald Reagan dan George Bush.
10. Kembali kepada liputan tentang Malaysia:  liputan itu hanyalah encana-rencana hubungan raya yang dimuatkan pada 'pull-out section'.
11. Ringkasnya, liputan tentang Malaysia digemburkan JJ itu hanyalah helaian iklan dalam sebuah akhbar yang  reputasinya boleh dipersoalkan.
12. Entah berapa banyak wang yang telah dibelanjakan. memalukan negara...

No comments: