Sunday, April 25, 2010

Episod Hulu Selangor


Hari ini hari penentuan:  untuk Hulu Selangor - dan BN.  Walaupun ketiga-tiga DUN di dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor (HS) dikuasai BN, nampaknya BN belum tentu dapat merampas kerusi Parlimen HS.  Jentera BN didatangkan dari luar HS dengan BN negeri-negeri dipertanggungjawabkan menjaga kawasan-kawasan tertentu di HS.  Sokongan akar umbi BN di HS Selangor tidak menentu.  Itulah sebabnya BN menurunkan semua jaguhnya - menteri - ke HS.  Tidak cukup dengan Muhyiddin dan Najib, mantan PM Mahathir pun turut dipertontonkan.  Selari dengan itu RM60 juta dijanjikan untuk HS; alangkah banyaknya wang pada masa kerajaan BN mengadu kekurangan dana dan peruntukan untuk sekolah dan hospital dikurangkan dengan hebat sekali ...




1.  Strategi BN di HS menunjukkan belang Najib sebenar.  Ia memesongkan dana negara untuk tujuan politik, iaitu menebus semula kekalahan BN pada PRU12 2008.
2.  Sebagai 'Ketua Negara' (menggunakan ungkapannya sendiri) sekaligus menjaga perbendaharaan, dia sewenang-wenangnya menjanjikan bulan dan matahari untuk rakyat HS - asalkan mereka menyokong BN.
3.  Najib turut mebuat tekanan kepada MIC dan MCA supaya turut bekerja keras untuk kemenangan BN.
4.  Katanya, undi di HS menentukan penerimaan rakyat terhadap MIC dan pimpinan baru MCA.
5.  Najib juga mahu undi di HS mencerminkan sejauh mana rakyat menyokong 3 program reformasinya: '1Malaysia, Program Transformasi Pentadbiran, dan Model Ekonomi Baru' - yang masing-masing dirundung kontroversi atau masih samar-samar pelaksanaannya.
6.  Sama ada tujuan tersebut akan tercapai atau tidak, sukar diketahui sebab bukan itu yang dicanangkan BN dalam kempennya.
7.  Yang ditekankan dalam ceramah BN ialah RM dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat (PR), PKR, dan pemimpin PR.
8.  Jika BN menang bermakna rakyat terbeli oleh sogokan wang politik yang dijanjikan, atau termakan tohmahan BN.
9.  Sebaliknya jika BN kalah bermakna bukan sahaja rakyat tidak terbeli dan termakan, malah menolak semua ancaman BN, sekaligus tidak yakin dengan 3 program reformasi Najib itu.
10.Episod HS menunjukkan siapa Muhyiddin dan Najib sebenar: mereka menuduh pembangkang dahagakan kuasa sementara mereka menggunakan kuasa mereka - yang dipinjamkan rakyat - menurut nafsu politik mereka sendiri.
11.Muhyiddin dan Najib menjanjikan juta-juta kepada rakyat HS.
12.Mereka rela menggadaikan maruah mereka sendiri semata-mata untuk menang di HS.
13.Benar HS sangat kritikal bagi survival Najib; sama-samalah kita lihat bagaimana episod ini berakhir.

No comments: