1. Jika untuk keperluan rakyat (dan bukan untuk membeli undi), mengapa kerajaan memotong pelbagai peruntukan untuk keperluan kritikal rakyat seperti dalam Pendidikan? Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah serta sekolah-sekolah sedang dilandakan kesempitan wang yang kritikal sehingga menjejaskan secara langsung keupayaan melaksanakan misi utama mendidik pelajar.
2. Sebagai Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin sengaja membiarkan sekolah merana padahal pelajar-pelajar melalui alam persekolahan sekali sahaja.
3. Wang yang patut disalurkan ke sisem pendidikan inilah yang disalurkan kepada proses 'membina sokongan' untuk BN, seperti yang disaksikan di Hulu Selangor dan bakal disaksikan di Sibu. Jika tidak, manakan kerajaan mampu membelanjakan jumlah wang sebegitu besar tatkala ekonomi negara masih dikatakan belum pulih.
4. Penafian Najib juga jelas menunjukkan dia berbohong dan rakyat Hulu Selangor menjadi saksi pembohongan besar-besaran Najib.
5. Dalam satu ceramah Pilihanraya di sebuah dewan di Hulu Selangor, Muhyiddin dengan mudah meluluskan peruntukab RM500,000 untuk membaiki dewan tersebut apabila mendengar aduan dari bakal pengundi. Berapa banyak episod seperti itu terakam di minda rakyat Hulu Selangor?
6. Tidak ada gunanya pembentangan bajet jika wang negara dibelanjakan sewenang-wenangnya menurut nafsu politi pemimpin.
7. Muhyiddin pula berani berkata kemenangan di Hulu Selangor menunjuk kepada trend rakyat mula menyokong BN semula.
8. Penilaian itu datang dari orang yang telah membuat telahan meleset bahawa BN mampu meraih majoriti 6000. Alangkah selalu melesetnya tanggapan Muhyiddin ...
9. Penilaian sebenar pemimpin BN terhadap keputusan PRK Hulu Selangor harus dilihat bukan melalui percakapan mereka, tetapi sama ada mereka berani membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU13.
10.j=Jika mereka meyakini apa yang mereka luahkan sendiri, maka PRU13 akan muncul tidak lama lagi. Sebaliknya jika PRU13 tak kunjung tiba maka pemimpin BN sangat faham apa yang mereka tuturkan itu sekadar menyedapkan hati sendiri dan dalam usaha mereka terus memperbodohkan rakyat.
No comments:
Post a Comment