Tuesday, April 6, 2010

Rokok Oh Rokok ...


Lagi-lagi cerita rokok.  Mulut saya ternganga mendengar hujah YB Liow, Menteri Kesihatan tentang rokok, khususnya kenapa kerajaan 'mengharamkan' jualan rokok dalam kotak 14 batang.  Berbelit-belit hujahnya.  Berpeluh-peluh dahinya.  Katanya, dengan langkah itu, para remaja akan dapat menjauhi gejala rokok ...
1.  Dulupun ada kempen 'Tak Nak Rokok'.  Apa dah jadi dengan kempen itu?  Kaya sudah syarikat yang dianugerahkan kontrak iklan 'Tak Nak Rokok!'.  Hasilnya tak ke mana.
2.  Tahun demi tahun, kerajaan mengumumkan langkah menangani gejala rokok:  dengan menambah harga rokok, hampir setiap kali bajet dibentang.  Penuh sudah kantong wang negara dengan cukai haram rokok.  Tetapi makin ramai yang merokok.
3.  Kini langkah terbaru ...
4.  Hakikatnya kerajaan BN tidak serius.  Ulama dah kata rokok tu haram kerana membahayakan kesihatan.
Namun ramai menteri BN yang masih merokok.  Macam mana nak tunjuk pada rakyat?
5.  Langkah terbaru dikatakan didasarkan pada prosedur saintifik:  Dengan naiknya harga rokok, turunlah bilangan penagihnya.  Ini disimpulkan dari data negara lain.
6.  Negara lain ada yang begitu serius tentang rokok.  Tak boleh merokok di tempat awam.  Noktah.
7.  Di Malaysia yang serba boleh, ada undang-undang seperti tu, tetapi penguatkuasaannya hampir sifar.  Malah polis juga penagih rokok.
8.  Ya, penguatkuasaan itulah kunci sgala perkara.
9.  Dengan menaikkan harga rokok,aktiviti  pasar gelap bertambah rancak.  Tambah satu masalah lagi bagi polis dan kastam, yang sudah hampir terbarai dengan bebanan masing-masing.
10.Di sana-sini tanda larangan merokok tidak dihiraukan penagih.  Malah bukan-penagih malu nak tegakkan hak masing-masing menyedut udara bersih.
11.Itu satu kezaliman.  'Perokok sekunder' menghadapi risiko lebih besar daripada perokok asal dengan menyedut udara kotor yang keluar dari paru-paru perokok.
12.Siapakah yang akan membela hak mereka?!

No comments: